• If this is your first visit, be sure to check out the FAQ by clicking the link above. You may have to register before you can post: click the register link above to proceed. To start viewing messages, select the forum that you want to visit from the selection below.

إعـــــــلان

تقليص
لا يوجد إعلان حتى الآن.

Terjemah al-mabadi mufidah dengan bahasa malaysia

تقليص
X
 
  • تصفية - فلترة
  • الوقت
  • عرض
إلغاء تحديد الكل
مشاركات جديدة

  • Terjemah al-mabadi mufidah dengan bahasa malaysia

    ترجمة المبادئ المفيدة في التوحيد والفقه والعقيدة
    إلى اللغة الماليزية

    DASAR-DASAR YANG BERFAEDAH DALAM
    TAUHID, FIQH DAN AKIDAH

    Penulis:
    ASY-SYAIKH AL-'ALLAMAH AL-MUHADDITH
    ABI ABDIRRAHMAN YAHYA BIN ALI AL-HAJURI HAFIZAHULLAH



    Penterjemah:
    Abu Ayyub Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi


    Darul Hadith Dammaj , Yaman




    PENDAHULUAN PENTERJEMAH
    بسم الله الرحمن الرحيم
    الحمد لله الذي أرسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله وكفى بالله شهيدا وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله صلى الله عليه وعلى آله وسلم تسليما. أما بعد:
    Buku ini merupakan terjemahan kepada kitab “ Mabadiul Mufidah Fit-Tauhid wal Fiqh Wal Aqidah” Karya Syaikh kami yang dikasihi al-`Allamah Al-Muhaddith As-Syaikh Yahya bin Ali Al-Hajuri Hafizahullah-moga Allah Memeliharanya-
    Buku ini sangat sesuai untuk semua peringkat usia yang ingin mempelajari asas-asas akidah dan fiqh dengan wajah yang sebenar berdasarkan Al-Quran, As-Sunnah menurut pemahaman As-Salaf As-Soleh.Hal ini kerana buku ini memuatkan penjelasan yang mudah tentang asas-asas Tauhid, Fiqh dan juga Akidah disertai dengan dalil-dalil dari al-Quran, As-Sunnah yang shahih menurut pemahaman Salaful Ummah. ( generasi Sahabat, tabi`in dan juga tabi`ut tabi`in dan para ulama yang mengikuti jalan mereka)
    Memandangkan di Malaysia sangat sedikit buku-buku yang membahaskan asas-asas Akidah dan Fiqh berdasarkan dalil-dalil dari al-Quran dan as-Sunnah yang sahih, maka kami berusaha menggalas tanggungjawab ini untuk menghidangkan kepada para pembaca sekalian hasil tulisan Ulama` dari Negeri Yaman Al-Muhaddith Syaikh Yahya bin Ali Al-Hajuri Hafizahullah
    Ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu dalam usaha terjemahan buku ini, terutamanya Dr Sulaiman Noordin, Abu Zaid, Abu Sobir, Abu Fida` Hisyam, Abul `Abbas al-Mulky, Abu Sulaim,Abu Turob dan juga semua penuntut-penuntut ilmu di Darul Hadith Dammaj.
    Semoga usaha kerdil ini dilakukan hanya mengharapkan wajah Allah dan semoga menjadi amalan yang berkekalan sekaligus dapat memberi manfaat kepada kaum muslimin .


    Abu Ayyub Muhammad Fashan bin Ahmad Ziadi
    Darul Hadith Dammaj , Yaman.
    13 Safar 1431 Hijriyyah,















    PENDAHULUAN

    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
    الحمد لله حمدا كثيرا طيبا مباركا فيه , وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له , وأشهد أن محمدا عبده ورسوله أما بعد:
    Allah Ta`ala berfirman di dalam KitabNya yang Mulia:

    ﴿أَمْ كُنْتُمْ شُهَدَاءَ إِذْ حَضَرَ يَعْقُوبَ الْمَوْتُ إِذْ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعْبُدُونَ مِنْ بَعْدِي قَالُوا نَعْبُدُ إِلَهَكَ وَإِلَهَ آَبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِلَهًا وَاحِدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ﴾
    Adakah kamu hadir ketika Ya’kub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apa yang kamu sembah setelah kematianku?" Mereka menjawab: "Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishak, (iaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya."

    [ al-Baqarah: 133]

    Dan telah Sahih hadith dari Ibn `Abbas radhiallahu`anhuma dia berkata:


    كُنْتُ خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا فَقَالَ يَا غُلَامُ إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ احْفَظْ اللَّهَ يَحْفَظْكَ احْفَظْ اللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلْ اللَّهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَاعْلَمْ أَنَّ الْأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ لَكَ وَلَوْ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلَّا بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْكَ رُفِعَتْ الْأَقْلَامُ وَجَفَّتْ الصُّحُفُ

    Maksudnya: Saya pernah berada di belakang Nabi sallallahu`alaihiwasallam kemudian beliau bersabda: Wahai anak muda, sesungguhnya aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat, peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu, peliharalah Allah nescaya engkau akan mendapatiNya di hadapanmu.Jika engkau ingin meminta maka mintalah kepada Allah, Jika engkau ingin meminta pertolongan maka mintalah kepada Allah, ketahuilah bahawasanya walaupun seluruh manusia berkumpul untuk menolongmu nescaya mereka tidak dapat menolongmu kecuali dengan sesuatu yang telah ditulis(ditetapkan) oleh Allah kepadamu, dan walaupun seluruh manusia berkumpul untuk memudaratkanmu nescaya mereka tidak dapat memudaratkanmu kecuali dengan sesuatu yang telah ditulis(ditetapkan) oleh Allah kepadamu.Telah diangkat pena-pena dan telah kering lembaran-lembaran.

    Ayat dan hadith tersebut serta dalil yang semisal itu merupakan asas di dalam memberi bimbingan untuk anak-anak dan ini adalah kalimat yang merangkumi tauhid kepada Allah 'Azza wa Jalla, bimbingan tentang beribadah kepada-Nya, penjagaan batasan-batasan hukum-hukum-Nya, bertawakal kepada-Nya, beriman kepada takdir (ketetapan)-Nya yang baik dan yang buruk, maka hal ini merupakan Pendidikan Syar`iyyah yang benar. Diharapkan bagi sesiapa yang tumbuh di atas dasar pendidikan seperti itu maka dia termasuk dari sebaik-baik hamba dari kalangan hamba-hamba Allah. Dari apa-apa yang mendorongku menulis untuk anak-anakku –aku memohon kepada Allah untuk memperbaiki keadaan mereka dan memperbaiki keadaan penjaga mereka- Ini adalah kalimat yang ringkas dalam pelajaran tentang TAUHID, AKIDAH DAN FIQH, yang isinya penuh dengan dalil-dalil dari Al-Qur'an dan As-Sunnah.
    Aku mengharap dari Allah 'Azza wa Jalla agar dapat memberikan manfaat kepada anak-anakku semuanya dengan tulisan ini serta seluruh anak-anak kaum muslimin.
    Ditulis oleh Abu Abdir Rahman Yahya Al-Hajuri pada bulan Rejab tahun 1425 Hijriyah An-Nabawiyyah, shalawat dan salam kepadanya.





















    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
    [Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani]

    1. Jika dikatakan kepadamu : Siapakah yang menciptakanmu ? Maka katakanlah: Yang menciptakanku ialah Allah, dan yang menciptakan seluruh makhluk, dan dalilnya ialah Firman Allah Ta`ala:
    ﴿اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ﴾ [الزمر/62].
    "Allah yang menciptakan segala sesuatu". (Az-Zumar: 62) .

    2. Jika dikatakan kepadamu : Siapakah Robbmu ? Maka katakanlah: Allah Robb dan Robb segala sesuatu, dalilnya ialah Firman Allah Ta`ala:

    ﴿قُلْ أَغَيْرَ اللَّهِ أَبْغِي رَبًّا وَهُوَ رَبُّ كُلِّ شَيْءٍ﴾[الأنعام/164].
    "Katakanlah: "Apakah aku akan mencari Robb selain Allah, Padahal Dia adalah Robb bagi segala sesuatu?".( Al-An`aam:164)
    Dan FirmanNya lagi:
    ﴿الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ﴾[الفاتحة/2].
    "Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam". (Al-Fatihah: 2)




    3. Jika dikatakan kepadamu: untuk apa Allah menciptakanmu? Maka katakanlah: Allah menciptakan kami untuk beribadah kepadaNya, dalilnya Firman Allah Ta`ala:
    ﴿ وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ﴾ [الذاريات/56].
    "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu". (Adz-Dzaariyaat: 56).

    4. Jika dikatakan kepadamu: Apa agamamu? Maka katakanlah: Agamaku adalah Islam yang benar, dalilnya Firman Allah Ta`ala:
    ﴿ إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ﴾ [آل عمران/19].
    "Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam". (Ali Imran: 19).
    ﴿هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَق﴾ [التوبة/33].
    "Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar". (At-Taubah: 33).

    ﴿ وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ﴾ [آل عمران/85].
    "Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, Maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan Dia di akhirat Termasuk orang-orang yang rugi". (Ali Imran: 85)
    5. Jika dikatakan kepadamu: Siapakah Nabimu? Maka katakanlah: Nabiku dan Nabi bagi semua umat ini ialah Muhammad Rasulullah Sallallahu`Alaihiwasallam, dalilnya firman Allah Ta`ala:
    ﴿مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَكِنْ رَسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّين﴾ [الأحزاب/40].
    "Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang lelaki di antara kamu, tetapi Dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. (Al-Ahzab: 40). Dan Firman-Nya:
    ﴿هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آَيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِين﴾ [الجمعة/2].
    "Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayatNya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan Sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata". (Al-Jumu'ah: 2). Dan FirmanNya:
    ﴿ فَآَمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُون﴾ [الأعراف/158].
    "Maka berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimatNya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah Dia, supaya kamu mendapat petunjuk". (Al-A'raf: 158). (Lihat pertanyaan no. 8).
    6. Jika dikatakan kepadamu: Apakah perkara pertama yang wajib diketahui oleh seorang hamba? Maka katakanlah: Mempelajari tauhid( mengEsakan) Allah `Azza wa Jalla, dalilnya hadith Ibn `Abbas Radiallahu`anhuma katanya: Ketika Rasulullah Sallallahu`Alaihi Wasallam mengutus Mu`az bin Jabal ke Yaman maka beliau berpesan kepadanya:
    «إِنَّكَ تَقْدَمُ عَلَى قَوْمٍ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ فَلْيَكُنْ أَوَّلَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَى أَنْ يُوَحِّدُوا اللَّهَ تَعَالَى».
    "Sesungguhnya engkau akan mendatangi suatu kaum dari kalangan ahli kitab, maka hendaklah engkau memulai menyeru mereka agar mentauhidkan Allah Ta'ala". (Muttafaqun 'alaih)
    7. Jika dikatakan kepadamu: Apakah makna لا إله إلا الله ? Maka katakanlah: Maknanya adalah tidak ada sembahan yang berhak disembah kecuali Allah dalilnya ialah Firman Allah Ta`ala:
    ﴿ فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ﴾ [محمد/19].
    "Ketahuilah bahawa tidak ada sembahan yang berhak disembah kecuali Allah". (Muhammad: 19). Dan FirmanNya:
    ﴿ ذَلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقّ﴾ [الحج/6].
    "Yang demikian itu, kerana Sesungguhnya Allah, Dialah (sembahan) yang hak (untuk disembah)". (Al-Hajj: 62).
    8. Jika dikatakan kepadamu: Apakah makna محمد رسول الله ? Maka katakanlah: Maknanya bahawasanya beliau ialah utusan Allah kepada seluruh manusia, baik dikalangan jin dan manusia, dalilnya Firman Allah Ta`ala:
    ﴿وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ﴾ [سبأ/28].
    "Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". (Saba': 28).
    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radiallahu`anhu bahawasanya Nabi Sallallahu`Alaihi Wasallam bersabda:
    وَأُرْسِلْتُ إِلَى الْخَلْقِ كَافَّةً........
    Dan aku diutuskan kepada seluruh makhluk.
    Dan wajib ke atas kita semua mentaatinya, membenarkannya dan menjauhi apa yang dilarangnya dalilnya Firman Allah Ta`ala:
    ﴿قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ﴾ [النور/54]
    “ Katakanlah: “ Taatilah kamu kepada Allah dan taatilah kamu kepada Rasul…….”. ( An-Nuur:54)
    Dan Firman-Nya:
    ﴿هَذَا مَا وَعَدَ الرَّحْمَنُ وَصَدَقَ الْمُرْسَلُونَ﴾ [يس/52]
    " Inilah yang dijanjikan Ar-Rahman dan benarlah Rasul-rasul (Nya)
    .( Yaasin:52)

    Dan diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu`Anhu katanya: Rasulullah Sallallahu`Alaihi Wasallam bersabda:

    ما نَهَيْتُكُمْ عَنْ شَيْءٍ فَاجْتَنِبُوهُ وما أَمَرْتُكُمْ بِهٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ

    Apa saja yang aku larang kamu, maka wajib kamu menjauhinya, dan apa saja yang aku perintahkan kamu dengannya maka lakukanlah semampumu.
    (Muttafaqun 'alaih)
    9. Jika dikatakan kepadamu: Apakah hak Allah ke atas hamba-Nya? Maka katakanlah: Hak Allah ke atas hambaNya iaitu mereka menyembahNya dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu apa pun, dalilnya hadith riwayat Mu`az bin Jabal Radiallahu`anhu bahawasanya Nabi Sallallahu`Alaihi Wasallam bersabda:
    حَقَّ اللَّهِ عَلَى الْعِبَادِ أَنْ يَعْبُدُوهُ وَلَا يُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَحَقَّ الْعِبَادِ عَلَى اللَّهِ أَنْ لَا يُعَذِّبَ مَنْ لَا يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا
    Hak Allah ke atas hambaNya iaitu mereka beribadah kepadaNya dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu apa pun, dan hak hamba ke atas Allah iaitu Allah tidak akan mengazab sesiapa yang tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu apa pun.
    (Muttafaqun 'alaih)
    10. Jika dikatakan kepadamu: Apakah makna syirik? Maka katakanlah: Syirik adalah beribadah kepada selain Allah `Azza wa Jalla, maka kesemua jenis ibadah kepada Allah `Azza Wa Jalla kemudian memalingkannya kepada selain Allah adalah syirik, dalilnya Firman Allah Ta`ala:
    وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا [النساء/36]
    Dan beribadahlah kamu kepada Allah dan janganlah kamu mensyirikkanNya dengan sesuatu apa pun. ( An-Nisa`:36)
    11. Jika dikatakan kepadamu: Apakah hukum mengambar makhluk bernyawa ? Maka katakanlah: Mengambar makhluk bernyawa termasuk dari dosa-dosa besar, dalilnya hadith Ibnu Mas`ud Radiallahu`anhu bahawasanya Nabi Sallallahu`Alaihi Wasallam bersabda:
    إِنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَذَابًا عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمُصَوِّرُونَ
    Sesungguhnya orang yang paling pedih azabnya pada hari kiamat adalah tukang gambar( makhluk bernyawa)
    (Muttafaqun 'alaih)
    Dan dalam hadith Abu Juhaifah Radiallahu`anhu katanya:
    نَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَثَمَنِ الدَّمِ.... وَلَعَنَ الْمُصَوِّرَ
    Nabi Sallallahu`alaihiwasallam melarang dari harga( jual beli) anjing, dan harga( jual beli) darah…dan telah melaknat para pembuat gambar( makhluk yang bernyawa). ( HR Al-Bukhari).
    12. Jika dikatakan kepadamu: Apa kaitan antara gambar makhluk dengan syirik? Maka katakanlah: Sesungguhnya menggambar makhluk bernyawa menyebabkan pelakunya menyerupai dan berkongsi dengan Allah `Azza wa Jalla dalam(mencipta) hal tersebut, dalilnya hadith `Aisyah Radiallahu`anha bahawasanya Nabi Sallallahu`alaihiwasallam bersabda:
    أَشَدُّ النَّاسِ عَذَابًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ الَّذِينَ يُضَاهُونَ بِخَلْقِ اللَّهِ
    Sesungguhnya orang yang paling pedih azabnya pada hari kiamat adalah orang yang cuba meniru ciptaan Allah
    ( Muttafaqun`alaih)
    Dan hadith Abu Hurairah Radiallahu`anhu bahawasanya Nabi Sallallahu`Alaihi Wasallam bersabda: Allah Ta`ala berfirman:

    وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ ذَهَبَ يَخْلُقُ كَخَلْقِي.
    Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang cuba mencipta seperti ciptaanKu.
    ( Muttafaqun`alaih)
    13. Jika dikatakan kepadamu: Apakah maksud Ibadah? Maka katakanlah: Ibadah ialah kata yang mengumpulkan setiap apa yang Allah mencintainya dan meredhainya, dalilnya Firman Allah Ta`ala:

    ﴿إِنْ تَكْفُرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنْكُمْ وَلَا يَرْضَى لِعِبَادِهِ الْكُفْرَ وَإِنْ تَشْكُرُوا يَرْضَهُ لَكُمْ﴾ [الزمر/7].
    "Jika kamu kafir Maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman) kamu dan Dia tidak meredhai kekafiran bagi hambaNya; dan jika kamu bersyukur, nescaya Dia meredhai bagi kamu diatas kesyukuranmu itu". (Az-Zumar: 7).
    14. Jika dikatakan kepadamu: Dimana Allah? Maka katakanlah: Allah di atas langit, beristiwa` di atas `ArsyNya, dalilnya Firman Allah Ta`ala
    ﴿أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الْأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ﴾ [الملك/16].
    "Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahawa Dia akan menenggelamkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?". (Al-Mulk: 16). Dan Firman Ta'ala:
    ﴿الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى﴾ [طه/5].
    "Ar-Rahman yang beristiwa' di atas 'Arsy". (Thaahaa: 5). Dan hadith Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu bahwasanya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    «يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِى فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِى فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِى فَأَغْفِرَ لَهُ».
    "Tuhan kita Tabaraka wa Ta'ala turun setiap malam ke langit dunia, tatkala 1/3 (sepertiga) akhir malam Dia berkata: Barang siapa yang berdoa kepadaKu maka Aku akan mengabulkannya, dan barang siapa yang meminta kepadaKu maka Aku akan memberinya, dan barang siapa beristighfar kepadaKu maka Aku akan mengampuninya".
    Dan turun keberadaannya dari atas [ke bawah] .
    15. Jika dikatakan kepadamu: Apakah Allah bersama kita? Maka kamu katakan: Allah 'Azza wa Jalla bersama kita dengan ilmuNya, dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    ﴿وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ﴾ [الحديد/4] .
    "Dan Dia bersama kamu dimana pun kamu berada". (Al-Hadiid: 4). Dan FimanNya Ta'ala:
    ﴿وَهُوَ اللَّهُ فِي السَّمَاوَاتِ وَفِي الْأَرْضِ يَعْلَمُ سِرَّكُمْ وَجَهْرَكُمْ وَيَعْلَمُ مَا تَكْسِبُونَ﴾ [الأنعام/3].
    "Dan Dialah Allah (yang disembah), baik di langit maupun di bumi; Dia mengetahui apa yang kamu rahasiakan dan apa yang kamu nampakkan dan Dia mengetahui (pula) apa yang kamu usahakan". (Al-An'am: 3). Berkata Ibnu Kathir: Yang dimaksud bahwasanya Allah mengetahui segala sesuatu yang di langit dan di bumi dari yang rahasia dan yang tampak".
    16. Jika dikatakan kepadamu: Apakah pengertian Islam? Maka kamu katakan: Islam adalah menyerah diri kepada Allah dengan tauhid dan tunduk kepada-Nya dengan ketaatan dan membersihkan diri dari syirik, dengan dalil perkataan Allah Ta'ala:
    ﴿فَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَلَهُ أَسْلِمُوا وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِينَ﴾ [الحج/34].
    "Maka sembahan kamu adalah Al-Ilah Al-Waahid(sembahan yang satu), karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk (kepada Allah)". (Al-Hajj: 34). Dan FirmanNya Ta'ala:
    ﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ﴾ [آل عمران/102].
    "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam". (Ali Imran: 102).
    17. Apabila dikatakan kepadamu: Apakah agama Islam telah sempurna, atau masih memerlukan penyempurnaan? Maka kamu katakan: Islam adalah agama yang telah sempurna, dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    ﴿الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا﴾ [المائدة/3].
    "Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan kepada kamu nikmat-Ku, dan telah Aku redhai Islam sebagai agama bagi kamu". (Al-Maidah: 3).
    18. Jika dikatakan kepadamu: Dari mana seorang muslim mengambil (mempelajari) agamanya? Maka kamu katakan: Seorang muslim mempelajari agamanya dari Al-Qur'an dan As-Sunnah dengan pemahaman Salafush Shalih, dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    ﴿أَوَلَمْ يَكْفِهِمْ أَنَّا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ يُتْلَى عَلَيْهِمْ﴾ [العنكبوت/51].
    "Dan Apakah tidak cukup bagi mereka bahwasanya Kami telah menurunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Quran) sedang yang dibacakan kepada mereka?". (Al-'Ankabut: 51). Dan FirmanNya Ta'ala:
    ﴿فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ﴾ [النساء/59].
    "Jika kamu berselisih tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat". (An-Nisa': 59). Dan FirmanNya Ta'ala:
    ﴿اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7)﴾ [الفاتحة/6، 7].
    "Tunjukilah kepada kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat". (Al-Fatihah: 6-7). Dan FirmanNya Ta'ala:
    ﴿وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيرًا﴾ [النساء/115].
    "Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang beriman, maka Kami biarkan dia terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali". (An-Nisa': 115). Dan lihat hadith yang setelah ini [no. 19].
    19. Jika dikatakan kepadamu: Apakah akidahmu? Maka kamu katakan: Akidahku adalah sunni, salafi , dengan dalil hadith Irbadh bin Sariyah Radhiyallahu 'Anhu bahwasanya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    «فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِى وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ».
    "Maka wajib bagi kamu untuk berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah al-khulafa'ur rasyidin yang diberi petunjuk dan berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah kuat-kuat sunnah tersebut dengan gigi geraham , dan waspadalah dari perkara baru [yang di ada-adakan dalam agama]. Maka sesungguhnya semua perkara baru itu adalah bid'ah dan setiap kebid'ahan adalah sesat". (HR. Abu Dawud dan selainnya) dan ini adalah hadith hasan.
    20. Jika dikatakan kepadamu: Siapakah rasul yang pertama (yang diutus) kepada penduduk bumi dan siapakah yang terakhir dari kalangan mereka? Maka kamu katakan: Yang pertama dari mereka diutus sebagai rasul adalah Nuh 'Alaihis Salam, dan yang terakhir dari mereka adalah nabi yang paling utama yaitu Nabi kita Muhammad Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, dengan diutusnya beliau adalah sebagai tanda kecil yang pertama (tentang) hari kiamat dan wajib bagi kita untuk mengimani para rasul itu semuanya, dengan dalil hadith Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu bahwasanya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda tentang ahli mahsyar (orang-orang yang bekumpul di padang mahsyar) pada hari kiamat:
    «فَيَأْتُونَ نُوحًا فَيَقُولُونَ يَا نُوحُ أَنْتَ أَوَّلُ الرُّسُلِ إِلَى أَهْلِ الأَرْضِ ، وَسَمَّاكَ اللَّهُ عَبْدًا شَكُورًا».
    "Lalu mereka datang kepada Nuh dan mereka berkata: Wahai Nuh engkau adalah rasul yang pertama yang diutus kepada penduduk bumi dan Allah telah menamaimu dengan hamba yang bersyukur" (Muttafaqun 'Alaih ). Dan dalil bahwasanya yang terakhir dari kalangan mereka (para nabi dan rasul) itu adalah Muhammad Shallallahu 'Alaihi wa Sallam adalah Firman Allah Ta'ala:
    ﴿مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَكِنْ رَسُولَ اللَّهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّينَ﴾ [الأحزاب/40].
    "Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang lelaki dikalangan kamu, tetapi beliau adalah Rasulullah dan penutup para nabi". (Al-Ahzab: 40). Dan hadith Tsauban Radhiallahu 'Anhu bahwasanya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    «وَأَنَا خَاتِمُ النَّبِيِّينَ لاَ نَبِىَّ بَعْدِى».
    "Dan aku adalah penutup para nabi dan tidak ada nabi setelahku".
    (HR. Muslim).
    Dan dalil bahwasanya beliau adalah nabi yang paling utama adalah hadith Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu bahwa Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    «أَنَا سَيِّدُ النَّاسِ يَوْمَ الْقِيَامَة».
    "Aku adalah tuan (pemimpin) manusia pada hari kiamat". (Muttafaqun 'Alaih ). Dan dalil bahwasanya beliau adalah tanda pertama tentang hari kiamat adalah hadith Sahl bin Sa'd Radhiallahu 'Anhu bahwasanya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam berkata:
    «بُعِثْتُ أَنَا وَالسَّاعَةَ كَهَاتَيْنِ». وَضَمَّ السَّبَّابَةَ وَالْوُسْطَى.
    "Aku diutus dan (datangnya) hari kiamat seperti dua ini". Dengan mengisyaratkan kedua jarinya. (Muttafaqun 'Alaih ). Dan wajib bagi kita untuk mengimani mereka (para nabi dan rasul) itu semua dan barang siapa mengingkari salah seorang dari mereka maka dia telah mengingkari mereka semua, dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    ﴿آَمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آَمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ﴾ [البقرة/285].
    "Rasul telah beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (mereka mengatakan): "Kami tidak membeza-bezakan antara seorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya". (Al-Baqarah: 285). Dan FirmanNya Ta'ala:
    ﴿إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيُرِيدُونَ أَنْ يُفَرِّقُوا بَيْنَ اللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيَقُولُونَ نُؤْمِنُ بِبَعْضٍ وَنَكْفُرُ بِبَعْضٍ وَيُرِيدُونَ أَنْ يَتَّخِذُوا بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا (150) أُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ حَقًّا وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُهِينًا (151)﴾ [النساء/150، 151].
    "Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, dan bermaksud membeza-bezakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasulNya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir)". Merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu seksaan yang menghinakan". (An-Nisa': 150-151 ).
    21. Jika dikatakan kepadamu: Apakah yang diseru oleh para rasul kepada segenap manusia? Maka kamu katakan: Mereka menyeru untuk beribadah hanya kepada Allah sahaja dan tidak membuat tandingan-tandingan (syirik) denganNya, dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ [النحل/36]
    "Dan sungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah thaghut ". (An-Nahl: 36).
    22. Jika dikatakan kepadamu: Apakah pengertian tauhid yang para rasul mendakwahkannya? Maka kamu katakan: Tauhid adalah mengesakan Allah dalam beribadah, dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    ﴿وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا﴾ [النساء/36].
    "Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun". (An-Nisa': 36). Dan FirmanNya Ta'ala:
    ﴿قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ﴾.
    "Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Satu". [(Al-Ikhlas: 1)].
    23. Jika dikatakan kepadamu: Berapakah pembahagian tauhid kepada Allah 'Azza wa Jalla? Maka kamu katakan: Tiga bahagian:
    Pertama: Tauhid Ar-Rububiyyah .
    Kedua: Tauhid Al-Uluhiyyah .
    Ketiga: Tauhid Al-Asma' wa Sifat .
    Dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    ﴿بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ﴾.
    "Dengan menyebut nama Allah Ar-Rahmaan(Yang Maha Pemurah) lagi Ar-Rahiim( Maha Mengasihani)" .
    ﴿رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا فَاعْبُدْهُ وَاصْطَبِرْ لِعِبَادَتِهِ هَلْ تَعْلَمُ لَهُ سَمِيًّا﴾ [مريم/65].
    "Tuhan langit dan bumi dan apa-apa yang ada di antara keduanya, maka sembahlah Dia dan berteguh hatilah dalam beribadah kepada-Nya. Apakah kamu mengetahui ada seorang yang sama dengan Dia (yang patut disembah)?!". (Maryam: 65). Pada dua ayat tersebut terdapat padanya pembagian tiga tauhid tersebut.
    24. Jika dikatakan kepadamu: Apakah kebaikan yang paling besar dan apakah kemungkaran yang paling besar? Maka kamu katakan: Kebaikan yang paling besar adalah tauhid kepada Allah 'Azza wa Jalla dan kemungkaran yang paling besar adalah syirik kepada Allah 'Azza wa Jalla, dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    ﴿إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ﴾ [النساء/48].
    "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar". (An-Nisa': 48 ). Dan FirmanNya Ta'ala:
    ﴿فَمَا لَنَا مِنْ شَافِعِينَ (100) وَلَا صَدِيقٍ حَمِيمٍ (101) فَلَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ (102)﴾ [الشعراء/100-102].
    "Maka kami tidak mempunyai pemberi syafa'at seorangpun, dan tidak pula mempunyai teman yang akrab (paling dekat), maka sekiranya kita dapat kembali sekali lagi (ke dunia) nescaya kami menjadi orang-orang yang beriman". (Asy-Syu'ara': 100-102).
    Dari Anas bin Malik Radhiallahu 'Anhu, beliau berkata: Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    «شفاعتي لأهل الكبائر من أمتي».
    "Syafa'atku untuk pelaku dosa besar dari kalangan umatku (yang bertauhid)". (HR. Ahmad ) dan ini adalah hadith shahih.
    Ini menunjukan bahwa orang yang paling berbahagia dengan syafa'at Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam adalah mereka para pelaku dosa besar dari kalangan kaum muslimin, dan tidak ada syafa'at untuk orang musyrik.
    Dari Jabir bin 'Abdillah Radiallahu 'Anhuma beliau berkata: Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    «مَنْ مَاتَ لاَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ مَاتَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا دَخَلَ النَّارَ».
    "Barang siapa yang mati dan dia tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu apapun maka dia akan masuk Syurga.Dan barang siapa yang mensyirikkan Allah dengan sesuatu apapun maka dia masuk neraka". (HR. Muslim ).
    25. Jika dikatakan kepadamu: Ada berapakah tingkatan agama? Maka kamu katakan: Agama memiliki tiga tingkatan iaitu: Islam, Iman dan Ihsan, dengan dalil hadith 'Umar bin Al-Khatthab Radhiallahu 'Anhu dalam "Shahih Muslim" (no. 8), pada hadith tersebut bahwa Jibril 'Alaihis Salam bertanya kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam tentang Islam, kemudian Iman dan kemudian Ihsan.
    26.Jika dikatakan kepadamu: Berapakah rukun Islam? Maka kamu katakan: Rukun Islam ada lima, dengan dalil hadith Abdullah bin 'Umar Radhiallahu 'Anhuma bahwa Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    «بُنِىَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَإِقَامِ الصَّلاَةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَالْحَجِّ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ».
    "Islam dibina di atas lima perkara, iaitu: Persaksian bahwa tidak ada sembahan yang berhak untuk disembah kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji, dan puasa Ramadhan". (Muttafaqun 'Alaih ).
    27. Jika dikatakan kepadamu: Apa itu iman? Maka kamu katakan: Iman adalah pengucapan dengan lisan, keyakinan dengan hati, dan pengamalan dengan anggota badan. Dan iman itu bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan, dalil bahwasanya iman itu pengucapan dengan lisan dan pengamalan dengan anggota tubuh adalah hadith Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu bahwa Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    «الإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ الأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الإِيمَانِ».
    "Iman itu ada tujuh puluh atau enam puluh tingkatan, tingkatan yang paling tertinggi adalah perkataan: Tidak ada sesembahan yang berhak kecuali Allah dan yang paling rendahnya adalah menyingkirkan gangguan dari jalan dan malu adalah sebahagian dari iman". (Muttafaqun 'Alaihi ).
    Dalil bahwasanya iman adalah keyakinan dengan hati adalah hadith Umar yang telah lewat pada "Rukun Iman" (no. 25) dan Firman Allah Ta'ala:
    ﴿وَعَلَى اللَّهِ فَتَوَكَّلُوا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِين﴾ [المائدة/23].
    "Dan hanya kepada Allah kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman". (Al-Maidah: 23).
    Dan dari hadith Anas bin Malik Radhiallahu 'Anhu dari Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    «آيَةُ الإِيمَانِ حُبُّ الأَنْصَارِ، وَآيَةُ النِّفَاقِ بُغْضُ الأَنْصَارِ».
    "Alamat keimanan adalah mencintai orang Anshar dan alamat kemunafiqan dan membenci (para shahabat) Anshar". (Muttafaqun 'Alaihi ).
    Dan dalil bahwasanya iman bertambah dengan ketaatan… adalah Firman Allah Ta'ala:
    ﴿إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آَيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ﴾ [الأنفال/2].
    "Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka. Dan kepada Tuhannya mereka bertawakal". (Al-Anfaal: 2). Dan FirmanNya Ta'ala:
    ﴿هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَعَ إِيمَانِهِمْ﴾ [الفتح/4].
    "Dialah yang telah menurunkan ketenangan di dalam hati-hati orang yang beriman, supaya iman mereka bertambah di samping keimanan (yang ada) pada mereka".(Al-Fath: 4). Dan FirmanNya Ta'ala:
    ﴿وَيَزْدَادَ الَّذِينَ آَمَنُوا إِيمَانًا﴾ [المدثر/31].
    "Dan orang-orang yang beriman bertambah keimanannya". (Al-Mudatsir: 31).
    Dan dalil bahwasanya keimanan berkurang dengan maksiat adalah dalil-dalil yang menunjukan bertambahnya keimanan, karena sesungguhnya keimanan sebelum bertambah maka sebelum itu dalam keadaan berkurang, berkata Al-Imam Al-Bukhari dalam "Kitabul Iman" dalam "Shahihnya" (Bab: 33): Jika meninggalkan sesuatu dari keimanan maka dia berkurang.
    Dan hadith tingkatan keimanan yang baru saja kami sebutkan, dan hadith Abu Sa'id Al-Khudri bahwasanya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    «مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإِيمَانِ».
    "Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, dan apabila dia tidak mampu maka dengan lisannya dan bila tidak mampu maka dengan hatinya, dan yang demikian itu merupakan selemah-lemah keimanan". (HR. Muslim ). Pada hadith ini menunjukan bahwa mengingkari kemungkaran adalah termasuk dari keimanan.
    28. Jika dikatakan kepadamu: Ada berapakah rukun iman? Maka kamu katakan: Rukun iman ada enam dengan dalil hadith Umar bin Al-Khatthab dalam "Shahih Muslim" bahwasanya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa sallam ditanya oleh Jibril 'Alaihis Salam tentang iman maka beliau menjawab:
    «أَنْ تُؤْمِنَ بِاللَّهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ».
    "Engkau beriman kepada Allah, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-rasulNya dan hari akhir serta beriman kepada takdir yang baik dan yang buruk. Berkata Jibril 'Alaihis Sallam: Engkau benar". (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah).
    29. Jika dikatakan kepadamu: Apakah pengertian ihsan antara seorang hamba dengan Tuhannya? Maka kamu katakan: Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya meskipun engkau tidak melihatNya maka yakinlah bahwasanya Dia melihatmu, sebagaimana hadith Umar bin Al-Khatthab dalam "Shahih Muslim" (no. 8).
    30. Jika dikatakan kepadamu: Apakah hukum mencela Allah, mencela RasulNya dan mencaci maki agamanya atau mengolok-olok? Maka kamu katakan: Perbuatan ini adalah perbuatan kufur akbar (perbuatan kekafiran yang paling besar), barang siapa yang sengaja maka dia telah keluar dari agama Islam, dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    ﴿قُلْ أَبِاللَّهِ وَآَيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ (65) لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ﴾ [التوبة/65، 66].
    "Katakanlah (wahai Muhammad): Apakah terhadap Allah, Ayat-ayatNya dan Rasul-rasulNya kamu mengolok-olok. Dan tidak ada uzur (alasan) bagi kamu, kamu telah kafir setelah keimanan kamu" . (Al-Maidah: 65-66).
    31. Jika dikatakan kepadamu: Apakah balasan bagi orang-orang yang beriman dan apakah balasan bagi orang-orang yang kafir pada hari kiamat nanti? Maka kamu katakan: Balasan bagi orang-orang beriman adalah Syurga di puncak yang paling tinggi, dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    ﴿إِنَّ الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ (7) جَزَاؤُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ذَلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ (8)﴾ [البينة/7-8].
    "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Robb mereka adalah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepadaNya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Robbnya". (Al-Bayyinah: 7-8).
    Dan balasan bagi orang-orang yang kafir adalah neraka yang paling dangkal, dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    ﴿وَالَّذِينَ كَفَرُوا لَهُمْ نَارُ جَهَنَّمَ لَا يُقْضَى عَلَيْهِمْ فَيَمُوتُوا وَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمْ مِنْ عَذَابِهَا كَذَلِكَ نَجْزِي كُلَّ كَفُورٍ﴾ [فاطر/36]
    "Dan orang-orang kafir bagi mereka neraka Jahannam. mereka tidak dibinasakan sehingga mereka mati dan tidak (pula) diringankan dari mereka azabnya. Demikianlah Kami membalas setiap orang yang sangat kafir". (Fathir: 36).
    Dan dalil bahwa balasan bagi orang-orang beriman adalah Syurga di puncak yang paling tinggi adalah perkataan Firman Allah Ta'ala:
    ﴿وَلَقَدْ رَآَهُ نَزْلَةً أُخْرَى (13) عِنْدَ سِدْرَةِ الْمُنْتَهَى (14) عِنْدَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَى (15)﴾ [النجم/13-15].
    "Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain, (iaitu) di Sidratil Muntaha. Di dekatnya ada syurga tempat tinggal". (An-Najm: 13-15).
    Dan dalil bahwa balasan bagi orang-orang yang kafir adalah neraka yang paling dangkal, dengan dalil hadith Bara' bahwa Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam berkata dalam satu riwayat yang diriwayatkan langsung dari Rabbnya 'Azza wa Jalla:
    «اكْتُبُوا كِتَابَهُ فِى سِجِّينٍ فِى الأَرْضِ السُّفْلَى».
    "Tulislah kamu catatan hambaKu di Sijjin di bagian bumi yang paling bawah". (Diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad dalam "Al-Musnad" dan ini adalah hadith shahih).
    Dan kita tidak memastikan bagi seseorang bahawa dia masuk syurga atau masuk neraka kecuali telah dipastikan oleh dalil, dengan Firman Allah Ta'ala:
    ﴿وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ﴾ [الإسراء/36].
    "Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai ilmu (pengetahuan tentangnya)". (Al-Isra': 36).
    32. Jika dikatakan kepadamu: Berapakah jumlah negeri (tempat tinggal manusia)? Maka kamu katakan: Ada tiga:
    Pertama: Alam dunia yang fana (tidak kekal), dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    ﴿وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ﴾ [آل عمران/185].
    "Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu". (Ali Imran: 185).
    Kedua: Alam Barzakh (kubur), dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    ﴿وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ﴾ [المؤمنون/100].
    "Dan di hadapan mereka ada barzakh (kubur) sampai hari mereka dibangkitkan". (Al-Mu'minun: 100).
    Ketiga: Alam Qaraar (akhirat), dengan dalil perkataan Allah Ta'ala dalam mengkhabarkan tentang orang yang beriman dari keluarga Fir'aun :
    ﴿يَا قَوْمِ إِنَّمَا هَذِهِ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَإِنَّ الْآَخِرَةَ هِيَ دَارُ الْقَرَارِ﴾ [غافر/39] .
    "Hai kaumku, Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan Sesungguhnya akhirat Itulah negeri yang kekal". (Ghafir: 39).
    33. Jika dikatakan kepadamu: Tempat apakah yang pertama kali di lewati di akhirat? Maka kamu katakan: Tempat yang pertama kali dilewati di akhirat adalah kubur, dengan dalil hadith Uthman bin 'Affan Radhiallahu 'Anhu, bahwasanya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    «إِنَّ الْقَبْرَ أَوَّلُ مَنَازِلِ الآخِرَةِ فَإِنْ نَجَا مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَيْسَرُ مِنْهُ وَإِنْ لَمْ يَنْجُ مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَشَدُّ مِنْهُ».
    "Sesungguhnya kubur adalah tempat awal di akhirat, apabila selamat darinya maka yang setelahnya akan mudah. Dan bila tidak selamat darinya maka setelahnya akan lebih parah (azabnya) dari sebelumnya". (Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad . Dan ini adalah hadith hasan).
    34. Apabila dikatakan kepadamu: Apakah keyakinanmu tentang azab kubur dan kenikmatannya? Maka kamu katakan: Aku berkeyakinan bahwasanya azab kubur dan kenikmatannya adalah benar bagi siapa yang melewatinya, dengan dalil hadith 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha bahwasanya dia bertanya kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam tentang azab kubur maka Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam mengatakan:
    «عَذَابُ الْقَبْرِ حَقٌّ».
    "Azab kubur adalah hak (benar adanya)" (Muttafaqun 'Alaih ). Dan ini adalah lafaz Al-Imam Al-Bukhari. Dan dari 'Aisyah bahwasanya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam meminta perlindungan (kepada Allah) dari fitnah dan azab kubur, dan berlindung dari fitnah Al-Masih Dajjal (Muttafaqun 'Alaih ).
    Pada dalil tersebut merupakan penetapan adanya azab kubur, fitnah kubur, dan adanya fitnah Dajjal yang besar.
    Dan dalil tentang adanya kenikmatan kubur adalah hadith Al-Bara' iaitu:
    «وأَما المِؤمن فيقال: أَلْبِسُوهُ مِنَ الْجَنَّةِ وَافْتَحُوا لَهُ بَاباً إِلَى الْجَنَّةِ, فَيَأْتِيهِ مِنْ رَوْحِهَا وَطِيبِهَا وَيُفْسَحُ لَهُ فِى قَبْرِهِ مَدَّ بَصَرِهِ».
    "Dan adapun orang-orang yang beriman maka dikatakan kepada mereka: Pakaikanlah kepadanya pakaian dari syurga, bukakanlah kepadanya pintu ke syurga dan datangkan kepadanya minyak wangi dan wangi-wangian (yang harum) serta luaskan baginya kuburnya sejauh mata memandang". (HR. Al-Imam Ahmad dalam "Musnad " dan ini adalah hadith shahih).
    35. Jika dikatakan kepadamu: Apakah keyakinanmu tentang hari kebangkitan, hari perhitungan dan hari mengambil kitab (catatan amal)? Maka kamu katakan: Aku berkeyakinan bahwasanya itu adalah hak (benar adanya), dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    ﴿زَعَمَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنْ لَنْ يُبْعَثُوا قُلْ بَلَى وَرَبِّي لَتُبْعَثُنَّ ثُمَّ لَتُنَبَّؤُنَّ بِمَا عَمِلْتُمْ وَذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ﴾ [التغابن/7].
    "Orang-orang yang kafir menyangka bahwa mereka sekali-kali tidak akan dibangkitkan. Katakanlah: "Memang, demi Robbku, benar-benar kamu akan dibangkitkan, kemudian akan diberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." yang demikian itu adalah mudah bagi Allah". (At-Taghabun: 7). Dan Firman Ta'ala:
    ﴿خُشَّعًا أَبْصَارُهُمْ يَخْرُجُونَ مِنَ الْأَجْدَاثِ كَأَنَّهُمْ جَرَادٌ مُنْتَشِرٌ (7) مُهْطِعِينَ إِلَى الدَّاعِ يَقُولُ الْكَافِرُونَ هَذَا يَوْمٌ عَسِرٌ﴾ [القمر/7، 8].
    "Maka berpalinglah kamu dari mereka, (ingatlah) hari (ketika) seorang penyeru (malaikat) menyeru kepada sesuatu yang tidak menyenangkan (hari pembalasan), sambil menundukkan pandangan-pandangan mereka keluar dari kuburan seakan-akan mereka belalang yang beterbangan, mereka datang dengan cepat kepada penyeru itu. Orang-orang kafir berkata: "Ini adalah hari yang sulit". (Al-Qomar: 6-8). Dan Firman Ta'ala:
    ﴿فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ (7) فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا (8) وَيَنْقَلِبُ إِلَى أَهْلِهِ مَسْرُورًا (9) وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ وَرَاءَ ظَهْرِهِ (10) فَسَوْفَ يَدْعُو ثُبُورًا (11) وَيَصْلَى سَعِيرًا (12)﴾ [الإنشقاق/7-12].
    "Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya, maka Dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah,dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira. Adapun orang-orang yang diberikan kitabnya dari belakang, maka dia akan berteriak: "Celakalah aku" dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)". (Al-Insyiqaq: 7-12). Dan Firman Ta'ala:
    ﴿يَوْمَ نَدْعُوا كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَامِهِمْ فَمَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَأُولَئِكَ يَقْرَءُونَ كِتَابَهُمْ وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًا (71) وَمَنْ كَانَ فِي هَذِهِ أَعْمَى فَهُوَ فِي الْآَخِرَةِ أَعْمَى وَأَضَلُّ سَبِيلًا (72)﴾ [الإسراء/71، 72].
    "(Ingatlah) suatu hari (yang di hari itu) Kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya; dan barangsiapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya maka mereka ini akan membaca kitabnya itu, dan mereka tidak dianiaya sedikitpun. Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar)". (Al-Isra': 71-72).

    36. Jika dikatakan kepadamu: Apakah orang-orang yang beriman melihat Robb mereka pada hari kiamat? Maka kamu katakan: ya, mereka melihat Robb mereka pada hari kiamat di padang mahsyar dan di syurga, dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    ﴿وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ (22) إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ (23)﴾ [القيامة/22، 23]
    "Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri, kepada Robbnyalah mereka melihat". (Al-Qayyimah: 22-23).
    Dan di dalam "Shahihain" dari hadith Jarir bin 'Abdillah Radhiyallahu 'Anhu bahwasanya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam berkata:
    «إِنَّكُمْ سَتَرَوْنَ رَبَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ».
    "Sesungguhnya kamu akan melihat Robb kamu pada hari kiamat". Dan diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim [(no. 467)] dari jalan Hammad bin Salamah, dari Tsabit, dari Abdirrahman bin Abi Laila, dari Shuhaib Radhiyallahu 'Anhu bahwasanya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam berkata:
    «إِذَا دَخَلَ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ يَقُولُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: تُرِيدُونَ شَيْئًا أَزِيدُكُمْ؟ فَيَقُولُونَ: أَلَمْ تُبَيِّضْ وُجُوهَنَا أَلَمْ تُدْخِلْنَا الْجَنَّةَ وَتُنَجِّنَا مِنَ النَّارِ؟ قَالَ: فَيَكْشِفُ الْحِجَابَ فَمَا أُعْطُوا شَيْئًا أَحَبَّ إِلَيْهِمْ مِنَ النَّظَرِ إِلَى رَبِّهِمْ عَزَّ وَجَلَّ».
    "Jika penduduk syurga masuk ke dalam syurga maka Allah Tabaraka wa Ta'ala berkata: "Mahukah kamu Aku tambahkan sesuatu?" Mereka berkata: Bukankah Engkau telah memutihkan wajah-wajah kami? Bukankah Engkau telah memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatkan kami dari neraka? Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam berkata: "Maka dibukalah hijab (wajah Allah), maka tidaklah diberikan kepada mereka yang paling mereka cintai iaitu melihat wajah Robb mereka 'Azza wa Jalla" .
    Dan orang kafir mereka tidak melihat wajah Allah 'Azza wa Jalla pada hari kiamat dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    ﴿كَلَّا إِنَّهُمْ عَنْ رَبِّهِمْ يَوْمَئِذٍ لَمَحْجُوبُونَ﴾ [المطففين/15].
    "Sekali-kali tidak, sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar tertutup dari (melihat) Robb mereka". (Al-Muthaffiffin: 15).
    37. Jika dikatakan kepadamu: Apakah keyakinanmu tentang Al-Qur'an Al-Karim yang ada di mushaf? Maka kamu katakan: Aku berkeyakinan bahwa Al-Qur'an adalah Kalamullah (perkataan Allah) 'Azza wa Jalla, dan dia bukan makhluk dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    ﴿وَإِنْ أَحَدٌ مِنَ الْمُشْرِكِينَ اسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّى يَسْمَعَ كَلَامَ اللَّهِ﴾ [التوبة/6].
    "Dan jika seorang diantara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, Maka lindungilah dia supaya dia sempat mendengar kalam( perkataan) Allah". (Al-Maidah: 6).
    38. Jika dikatakan kepadamu: Apakah Al-Qur'an bahasa Arab atau bahasa selain Arab? Maka kamu katakan: Al-Qur'an adalah bahasa Arab dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    ﴿إِنَّا جَعَلْنَاهُ قُرْآَنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ﴾ [الزخرف/3].
    "Sesungguhnya Kami menjadikan Al Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memahami(nya)". (Az-Zukhruf: 3). Dan Firman Ta'ala:
    ﴿نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الْأَمِينُ (193) عَلَى قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ الْمُنْذِرِينَ (194) بِلِسَانٍ عَرَبِيٍّ مُبِينٍ (195)﴾ [الشعراء/193-195].
    "Dia dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin (Jibril) ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan, dengan bahasa Arab yang jelas". (Asy-Syu'ara: 193-195).
    39. Jika dikatakan kepadamu: Apakah Allah memiliki nama-nama dan sifat-sifat? Maka kamu katakan: ya, Allah memiliki nama-nama dan sifat-sifat sesuai dengan keagunganNya dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    ﴿وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا﴾ [الأعراف/180]
    "Dan Allah memiliki asmaa-ul husna (nama-nama yang indah)". (Al-A'raf: 180). Dan Firman Ta'ala:
    ﴿وَلِلَّهِ الْمَثَلُ الْأَعْلَى وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ﴾ [النحل/60]
    "Dan Allah mempunyai sifat Al-A'laa (Yang Tertinggi); dan Dia-lah Al-'Aziiz (Yang Maha Kuasa) lagi Al-Hakiim (Maha Bijaksana).". (An-Nahl: 60). Dan Firman Ta'ala:


    ﴿قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ (4)﴾ [الإخلاص/1-4].
    "Katakanlah: "Dialah Allah, Al-Ahad(Maha Esa). Allah adalah As-Shamad(Tempat tumpuan segala makhluk). Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia". (Al-Ikhlas: 1-4). Dan dalam "Shahihain" dari hadith 'Aisyah bahwa ada seseorang berkata: (Bahwasanya surah Al-Ikhlas adalah sifat Ar-Rahman) maka Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam membenarkan yang demikian itu .
    Dan nama-nama 'Azza wa Jalla tidaklah terbatasi jumlahnya dengan yang kita ketahui, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    «لاَ أُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ...».
    "Tidak ada batasan pujian kepada-Mu…" (HR. Muslim dari 'Aisyah Radhiallahu 'Anha) .
    40. Jika dikatakan kepadamu: Apakah ada sesiapa pun selain Allah yang mengetahui ilmu ghaib? Maka kamu katakan: Tidak ada sesiapa pun (dari kalangan makhluk) yang mengetahui ilmu ghaib kecuali Allah, dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    ﴿وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُطْلِعَكُمْ عَلَى الْغَيْبِ﴾ [آل عمران/179].
    "Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang ghaib". (Ali Imran: 179). Dan Firman Ta'ala:
    ﴿فَقُلْ إِنَّمَا الْغَيْبُ لِلَّهِ﴾ [يونس/20].
    "Maka katakanlah: "Sesungguhnya perkara yang ghaib itu kepunyaan Allah". (Yunus: 40). Dan Firman Ta'ala:
    ﴿وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُو﴾ [الأنعام/59].
    "Dan pada sisi Allahlah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia". (Al-An'am: 59).
    41. Jika dikatakan kepadamu: Bilakah hari kiamat akan berlaku ? Maka kamu katakan: Perkara hari kiamat adalah termasuk dari perkara-perkara ghaib yang tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah, dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    ﴿إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ﴾ [لقمان/34].
    "Sesungguhnya Allah, hanya pada sisiNya sahajalah pengetahuan tentang hari Kiamat". (Luqman: 34). Dan Firman Ta'ala:
    ﴿إِلَيْهِ يُرَدُّ عِلْمُ السَّاعَةِ﴾ [فصلت/47].
    "Kepada-Nyalah dikembalikan pengetahuan tentang hari Kiamat". (Fushilat: 47). Dan sabda Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam:
    «وَلاَ يَعْلَمُ مَتَى تَقُومُ السَّاعَةُ إِلاَّ اللَّهُ».
    "Tidak ada yang mengetahui bila hari kiamat akan berlaku kecuali Allah". (HR. Al-Bukhari dari hadith Ibnu 'Umar Radhiallahu 'Anhuma ).
    42. Jika dikatakan kepadamu: Berapakah syarat-syarat diterimanya amalan? Maka kamu katakan: Diterimanya amal ada tiga syarat:
    Pertama: Islam (muslim), orang kafir Allah tidak menerima amalannya, dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    ﴿وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا [الفرقان/23].
    "Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan". (Al-Furqan: 23). Dan Firman Ta'ala:
    ﴿إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِين﴾ [المائدة/27].
    "Sesungguhnya Allah hanya menerima (amalan) dari orang-orang yang bertaqwa". (Al-Maidah: 27).
    Kedua: Ikhlas, dengan dalil:
    وَمَا تَفَرَّقَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَةُ (4) وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ [البينة/4، 5].
    "Dan tidaklah mereka diperintah kecuali supaya menyembah Allah dengan mengiklaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama". (Al-Bayyinah: 5). Dan dalam hadith Qudsi dari Abu Hurairah bahwa Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    «قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى أَنَا أَغْنَى الشُّرَكَاءِ عَنِ الشِّرْكِ مَنْ عَمِلَ عَمَلاً أَشْرَكَ فِيهِ مَعِى غَيْرِى تَرَكْتُهُ وَشِرْكَهُ».
    "Allah Tabaraka wa Ta'ala berkata: Aku tidak tidak perlu dengan sekutu (tandingan) dari kesyirikan. Barang siapa yang mengerjakan suatu amalan dan dia berbuat syirik padanya denganKu maka Aku tinggalkan dia dengan kesyirikannya". (HR. Muslim ).
    Ketiga: Mutaba'ah (Mengikuti petunjuk Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam), dengan dalil hadith Ummul Mu'minin 'Aisyah Radhiallahu 'Anha, bahwasa Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    «مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ».
    "Barang siapa mengerjakan suatu amalan yang bukan dari perkara (agama) kami maka amalan tersebut tertolak". (HR. Muslim ).

    43. Jika dikatakan kepadamu: Berapakah pembahagian tawasul (permohonan kepada Allah) yang disyari'atkan? Maka kamu katakan: Ada tiga bahagian:
    Pertama: Permohonan dengan menggunakan nama-nama Allah dan sifat-sifatNya, dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    ﴿وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا﴾ [الأعراف/180].
    "Hanya milik Allah asmaa-ul husna (nama-nama yang indah), Maka memohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul husna itu". (Al-A'raf: 180). Dan Firman Ta'ala:
    ﴿وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِين﴾ [النمل/19].
    "Dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang shalih". (An-Naml: 19).
    Kedua: Permohonan seseorang kepada Allah dengan amalan soleh, dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    ﴿الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا إِنَّنَا آَمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ﴾ [آل عمران/16].
    "(Iaitu) orang-orang yang berdoa: Ya Rabb kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan lindungilah kami dari siksa neraka". (Ali Imran: 16). Dan Firman Ta'ala:
    ﴿رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنْزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ﴾ [آل عمران: 53].
    "Ya Rabb kami, kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan dan kami telah mengikuti rasul, karena itu masukanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang menjadi saksi (tentang keesaan Allah)". (Ali Imran: 53).
    Dan diantara dalil dari As-Sunnah adalah hadith tentang tiga orang yang tertutup oleh batu besar, sehingga mereka terkurung dalam gua, maka mereka pun bertawasul dengan setiap amalan soleh mereka (Muttafaqun 'Alaih).
    Ketiga: Permohonan dengan doa orang soleh, dengan dalil hadith Anas bin Malik Radhiallahu 'Anhu, beliau berkata:
    بينما رسول الله -صلى الله عليه وعلى آله وسلم- يخطب إذ جاءه رجل فقال: يا رسول الله قحط المطر، فادع الله أن يسقينا، فدعا فمطرنا.
    "Ketika Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam sedang berkhutbah tiba-tiba datang seseorang lalu berkata: Wahai Rasulullah hujan sudah lama tidak turun, mohon agar Rasulullah berdoa kepada Allah agar menurunkan hujan kepada kami, maka beliau pun berdoa kepada Allah kemudian Allah menurunkan hujan .
    44. Jika dikatakan kepadamu: Apakah dalam agama ada bid'ah hasanah (bid'ah yang baik)? Maka kamu katakan: Semua bid'ah adalah sesat dengan dalil hadith Al-Irbadh yang telah disebutkan pada nombor 19, pada hadith tersebut:
    ((كل بدعة ضلالة)).
    "Semua bid'ah adalah sesat". Dan hadith Jabir bin 'Abdillah Radhiallahu 'Anhuma, sesungguhnya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam apabila berkhutbah….. beliau mengatakan:
    ((أما بعد: فإن خير الحديث كتاب الله، وخير الهدى هدى محمد، وشر الأمور محدثاتها، وكل بدعة ضلالة)).
    "Kemudian dari pada itu, Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah perkataan Allah Ta'ala, dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam. Dan sejelek-jelek perkara adalah yang diada-adakan, dan setiap bid'ah adalah sesat". (HR. Muslim).
    Dan dari Abi Sa'id Al-Khudri Radhiallahu 'Anhu bahwasanya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda: "Aku menunggu kamu di atas telagaku, barang siapa mendatanginya maka meminum (air)nya, dan barang siapa meminumnya maka dia tidak akan haus selama-lamanya, sungguh akan mendatangiku suatu kaum yang aku mengenal mereka dan mereka mengenalku, kemudian dihalangi antaraku dengan mereka. Lalu aku mengatakan: Sesungguhnya mereka termasuk dari (umat)ku. Maka dikatakan kepadaku: Sesungguhnya kamu tidak mengetahui apa yang mereka kerjakan (dari kebid'ahan) setelahmu. Maka aku katakan: Singkirkan, singkirkan (jauhkan) siapa saja yang melalukan kebid'ahan setelahku". (Muttafaqun 'Alaih).
    45. Jika dikatakan kepadamu: Siapakah seburuk-buruk makhluk yang wajib bagi kita untuk membenci mereka? Maka kamu katakan: Mereka adalah yahudi dan nasrani serta musyrikin dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أُولَئِكَ هُمْ شَرُّ الْبَرِيَّةِ [البينة: 6].
    "Sesungguhnya orang-orang yang kafir Yakni ahli kitab dan orang-orang yang musyrik (akan masuk) ke neraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya. mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk". (Al-Bayyinah: 6). Dan Firman Ta'ala:
    لا تَجِدُ قَوْماً يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ [المجادلة: 22].
    "Tidaklah kamu akan mendapati suatu kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya". (Al-Mujadilah: 22).
    46. Jika dikatakan kepadamu: Apakah itu demokrasi? Maka kamu katakan: Dia adalah hukum yang berlandaskan atas kekuasaan rakyat [dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat] yang bukan berlandaskan Kitab (Al-Qur'an) dan bukan dengan Sunnah (Al-Hadith).
    47. Jika dikatakan kepadamu: Apakah hukum demokrasi? Maka kamu katakan: Demokrasi adalah syirik akbar (syirik yang paling terbesar) dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ [يوسف: 40].
    "Sesungguhnya hukum itu hanyalah kepunyaan Allah". (Yusuf: 40).
    Dan Firman Ta'ala:
    وَلا يُشْرِكُ فِي حُكْمِهِ أَحَداً [الكهف: 26].
    "Dan Dia tidak mengambil seorangpun menjadi sekutuNya dalam menetapkan keputusan". (Al-Kahfi: 26).
    48. Jika dikatakan kepadamu: Apakah hakikat intikhabat (pilihanraya) ? Maka kamu katakan: Pilihanraya adalah termasuk sebahagian dari ketentuan-ketentuan (peraturan-peraturan) demokrasi yang bertentangan dengan syari'at Allah yang benar. Dan pilihanraya termasuk salah satu bentuk penyerupaan terhadap orang-orang kafir, dan menyerupai mereka adalah tidak boleh. Dan di dalam pilihanraya itu terdapat kerosakan yang banyak dan tidak ada manfaat serta tidak ada faedahnya untuk kaum muslimin, diantara kerosakannya yang paling jelas adalah penyamaan al-haq (kebenaran) dan kebatilan, penyamaan orang-orang yang baik dengan orang yang jahat (batil) dengan melihat suara terbanyak (majoriti), menyempitkan al-wala wal bara, memecah belah persatuan kaum muslimin, menebarkan benih-benih permusuhan, kebencian, berkelompok-kelompok dan menebarkan faham fanatik (fanatisme) diantara mereka, kecurangan, penipuan, tipu daya, menyia-nyiakan waktu dan harta, menghancurkan kewibawaan wanita dan meruntuhkan kepercayaan terhadap ilmu-ilmu syari'at dan ahli ilmu.
    49. Jika dikatakan kepadamu: Apa hukum hizbiyyah (berkelompok-kelompok)? Maka kamu katakan: Hizbiyyah adalah haram, kecuali Hizbullah dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    وَلا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ * مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعاً كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ [الروم: 31-32].
    "Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah, yaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa kelompok, tiap-tiap kelompok merasa bangga dengan apa yang ada pada kelompok mereka". (Ar-Rum: 31-32). Dan Firman Ta'ala:
    وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعاً وَلا تَفَرَّقُوا [آل عمران: 103].
    "Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai". (Ali Imran: 103). Dan Firman Ta'ala:
    إِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ [الأنبياء: 92].
    "Sesungguhnya (agama tauhid) ini adalah agama kamu; dia adalah agama yang satu dan aku adalah Robbmu, maka sembahlah Aku". (Al-Anbiya': 92). Dan Firman Ta'ala:
    أَلا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ?[المجادلة: 22].
    "Ketahuilah, bahwa sesungguhnya Hizbullah itu adalah golongan yang beruntung". (Al-Mujadilah: 22). Dan dari Abdillah bin 'Amr Ibnul 'Ash Radhiallahu 'Anhuma baliau bekata:Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    ((.....وتفترق أمتي على ثلاث وسبعين ملة كلهم في النار إلا ملة (أي فرقة) واحدة)). قالوا: ومن هي يا رسول الله؟ قال: ((ما أنا عليه وأصحابي)).
    "Dan akan berpecah belah umatku menjadi tujuh puluh tiga millah(kelompok) semuanya masuk nereka kecuali satu millah (iaitu kelompok). Para shahabat berkata: Siapa satu kelompok itu wahai Rasulullah? Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda: Iaitu golongan yang menempuh di atas (Jalan)ku dan para shahabatku berada di atasnya". (HR. At-Tirmidzi (5/26) dan hadith ini memiliki penguat dari hadith Mu'awiyyah Radhiallahu 'Anhu yang diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 4597) dan Ahmad (4/102). Dan pada hadith ini pula terdapat penguat dari hadith lain. Maka hadith ini adalah hasan.
    Dan Sabdanya:
    كلها في النار
    "Semuanya dalam neraka" padanya terdapat penjelasan tentang perihal ahli ahwa (para pengekor hawa nafsu) dan celaan terhadap mereka.
    50. Jika dikatakan kepadamu: Siapakah kelompok-kelompok yang paling sesat yang mendakwa (mengaku) Islam? Maka kamu katakan: Mereka adalah al-bathiniyyah , ar-rafidhah , jahmiyyah dan sufi yang ekstrim (melampui batas) .

    مبادئ الفقه
    Dasar-Dasar Fiqh
    Dari Abi Umamah Al-Bahili Radhiyallahu 'Anhu, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam berkhutbah ketika haji wada', beliau bersabda:
    اتقوا الله وصَلُّوا خَمْسَكم وصُوموا شهركم وأدوا زكاة أموالكم وأطيعوا ذا أمركم تدخلوا جنةَ ربكم.
    "Bertaqwalah kamu kepada Allah, solat lima waktulah kamu, berpuasa Ramadhanlah kamu, tunaikanlah zakat harta-harta kamu dan taatilah oleh kamu pemimpin kamu, maka dengan itu Robb kamu akan memasukan kamu ke Syurga". [(HR. Al-Hakim, Ibnu Hibban dan At-Tirmidzi, dan beliau berkata: Ini adalah hadith hasan shahih)].
    51. Setiap ibadah harus disertai dengan niat, dan niat tempatnya di dalam hati, dengan dalil hadith Umar bin Al-Khaththab Radhiyallahu 'Anhu Bahwasanya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    ((إنما الأعمال بالنية)).
    "Hanyasanya amalan itu tergantung pada niatnya". (Muttafaqun 'Alaih).
    52. Melafazkan niat adalah bid'ah, dengan dalil hadith 'Aisyah Radhiallahu 'Anha bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    ((من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد)).
    "Barang siapa membuat-buat perkara dalam urusan (agama) kami ini yang bukan bagian darinya maka dia tertolak". (Muttafaqun 'Alaih).
    53. Jika dikatakan kepadamu: Apakah bid'ah itu? Maka kamu katakan: Bid'ah adalah apa-apa yang diada-adakan setelah wafatnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam dengan tujuan beribadah, dan tidak ada padanya dalil dari Al-Kitab (Al-Qur'an) dan dari As-Sunnah (Al-Hadith).
    54. Allah menciptakan air dalam keadaan suci yang dapat mensucikan najis dan hadas, dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    وَأَنْزَلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً طَهُوراً [الفرقان: 48].
    "Dan Kami turunkan dari langit air yang suci". (Al-Furqan: 48). Dan Firman Ta'ala:
    وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً لِيُطَهِّرَكُمْ بِهِ?[الأنفال: 11].
    "Dan diturunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengan hujan itu". (Al-Anfal: 11).
    55. Apa yang diucapkan bagi orang yang hendak masuk tempat buang air (tandas)? Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'Anhu, beliau berkata: Adalah Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam apabila handak masuk tandas, beliau berkata:
    ((اللهم إني أعوذ بك من الخبث والخبائث)).
    "Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari syaitan laki-laki dan syaitan perempuan". (Muttafaqun 'Alaih).
    56. Diantara adab-adab buang hajat:
    Dari Salman Al-Farisi Radhiallahu 'Anhu bahwasanya beliau pernah dikatakan oleh seorang Yahudi: Nabi kamu telah mengajarkan kepada kamu segala sesuatu hingga permasalahan buang hajat! Salman berkata: Memang (ya), beliau melarang kami menghadap kiblat ketika buang hajat, ketika kencing atau istinja' (bersuci setelah buang hajat) dengan tangan kanan serta beristinja` dengan batu kurang dari tiga biji. (HR. Muslim).
    57. Tidak sah solat seseorang kecuali dengan wudhu', dengan dalil hadith Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, bahwa Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    ((لا تقبل صلاة من أحدث حتى يتوضأ)).
    "Tidak akan diterima solat seorang yang berhadas sampai dia berwudhu'". (Muttafaqun 'Alaih). Dan dari Ibnu 'Umar Radhiallahu 'Anhuma bahwasanya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    ((لا تقبل صلاة بغير طهور)).
    "Tidak diterima solat tanpa bersuci". (HR. Muslim).
    58. Anggota-anggota wudhu': Wajah; termasuk di dalamnya al-madhmadhah (berkumur-kumur) dan al-istinsyaq (memasukan air ke dalam lubang hidung). Kedua tangan; keduanya dibasuh sampai ke siku. Kepala; diusap dengan sekali usapan. Kedua kaki; keduanya dibasuh sampai ke dua mata kaki, dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُؤُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ [المائدة:6].
    "Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah muka kamu dan tangan kamu sampai siku, dan sapulah kepala kamu dan (basuh) kaki kamu sampai kedua mata kaki". (Al-Maidah: 6).
    Dan dalilnya pula adalah hadith Abdullah bin 'Amr Radhiallahu 'Anhuma bahwasanya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam berkata:
    ((ويل للأعقاب من النار))
    "Kecelakaanlah bagi tumit-tumit (yang tidak kena air wudhu) dari seksaan neraka". (Muttafaqun 'Alaih).
    59. Mendahulukan anggota wudhu yang kanan ketika berwudhu’, memperpanjangkan al-ghurrah dan at-tahjil , dengan dalil hadith Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu bahwasanya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam mencuci tangannya yang kanan sampai lengan bahagian yang atas, dan mencuci lengan kiri sampai lengan bahagian atas, kemudian mengusap kepalanya, dilanjutkan mencuci kaki kanannya hingga ke betis kemudian mencuci kaki kiri hingga ke betis, kemudian beliau mengatakan:
    ((أنتم الغر المحجلون يوم القيامة من إسباغ الوضوء)).
    "Kamu adalah orang-orang yang putih bersinar pada anggota wudhu kamu pada hari kiamat disebabkan kamu menyempurnakan wudhu’". (HR. Muslim). Dan telah shahih dalam "Sunan Abu Dawud" dari hadith Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu bahwasanya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    ((إذا لبستم، وإذا توضأتم، فابدءوا بأيامنكم)).
    "Jika kamu memakai sesuatu dan kamu berwudhu maka mulailah dengan yang kanan".
    60. Sifat Wudhu Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam yang paling baik: Bahwasanya beliau membasuh tangannya tiga kali, kemudian madhmadh (berkumur-kumur), istinsyaq (memasukan air ke dalam hidung) dan istinsyar (mengeluarkannya kembali) beliau melakukannya (dengan menggabungkan antara madhmadh, istinsyaq dan istinsyar dengan sekali cedokan tangan sebanyak tiga kali), kemudian membasuh wajah tiga kali dan membasuh kedua tangan sampai siku tiga kali dan meneruskannya hingga lengan atas. Kemudian mengusap kepala bukan dengar air sisa yang ada di tangan beliau –satu kali- memulai dari kepala bagian depan menuju ke belakang hingga tengkuk kemudian mengembalikannya ke tempat pertama mengusap. Kemudian mencuci kedua kakinya tiga kali sampai kedua mata kaki dan meneruskannya sampai pada betis.Cara wudhu seperti itu telah shahih dari hadith Uthman Radhiallahu 'Anhu (Muttafaqun 'Alaih) dan pada hadith tersebut terdapat tambahan-tambahan penguat dari hadith-hadith lain tentang keshahihannya.
    Dan disunnahkan untuk bersiwak (membersihkan gigi dan mulut dengan siwak) sebelum solat, dengan dalil hadith Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu bahwa Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    ((لولا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك عند كل صلاة)).
    "Kalaulah tidak memberatkan umatku nescaya aku akan perintahkan mereka untuk bersiwak setiap kali hendak solat". (Muttafaqun 'Alaih).
    61. Barang siapa memakai khuf (sepatu) atau stokin maka disyari'atkan baginya untuk mengusap di atas keduanya, apabila dia dalam keadaan mukim (menetap/tidak musafir), diperbolehkan mengusapnya sehari semalam, dan jika dia dalam keadaan safar maka boleh baginya mengusap selama tiga hari tiga malam, dengan dalil hadith Abu Bakrah Radhiallahu 'Anhu bahwasanya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam memberikan keringanan bagi musafir apabila berhadas dan ingin berwudhu dan dia menggunakan khufnya maka diperbolehkan baginya mengusap khufnya selama tiga hari tiga malam dan bagi yang mukim hanya sehari semalam. (HR. Ibnu Majah, dan ini adalah hadith hasan, pada hadith ini terdapat penguat-penguat yang menjadikannya shahih).
    Dan mengusap pada bahagian atas khuf dengan dalil hadith Ali bin Abi Thalib Radhiallahu 'Anhu beliau berkata :
    وقد رأيت رسول الله -صلى الله عليه وعلى آله وسلم- يمسح على ظاهر خفيه.
    "Dan sungguh saya telah melihat Rasulallah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam mengusap atas kedua khufnya". (HR. Abu Dawud dan hadith ini adalah shahih).
    62. Apabila telah masuk waktu solat dan kamu tidak mendapatkan air maka bertayamumlah! Dengan dalil Firman Ta'ala:
    فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيداً طَيِّباً فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ [المائدة:6].
    "Bila kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah kamu dengan tanah yang baik (bersih); usaplah muka kamu dan tangan kamu dengan tanah tersebut".(Al-Maidah: 6). Ash-Sha'id adalah tanah bumi (debu), dengan dalil hadith Huzaifah bahwasanya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    ((وجعلت لنا الأرض كلها مسجدا، وجعلت تربتها لنا طهورا إذا لم نجد الماء)).
    "Dijadikan bumi untuk kita sebagai tempat solat (masjid) dan dijadikan tanahnya untuk kita sebagai pensuci apabila kita tidak mendapatkan air". (HR. Muslim).
    63. Jika kamu telah selesai berwudhu maka ucapkanlah:
    أشهد أن لا إله إلا الله، وأن محمدا عبده ورسوله
    "Tidak ada sembahan yang berhak disembah kecuali Allah dan bahwasanya Muhammad adalah hamba dan utusanNya", dengan dalil hadith Umar bin Al-Khaththab Radhiallahu 'Anhu beliau berkata: Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    ((ما منكم من أحد يتوضأ، فيسبغ الوضوء، ثم يقول أشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا عبده ورسوله إلا فتحت له أبواب الجنة الثمانية يدخل من أيها شاء)).
    "Tidaklah salah seorang diantara kamu berwudhu’ kemudian menyempurnakan wudhu’nya lalu mengucapkan: "Tidak ada sembahan yang berhak disembah kecuali Allah dan bahwasanya Muhammad adalah hamba dan utusanNya" melainkan akan dibukakan baginya lapan pintu-pintu Syurga dan dia masuk dari pintu mana saja yang dia inginkan". (HR. Muslim).
    64. Pembatal-pembatal wudhu’:
    Pertama: Keluar sesuatu dari qubul (kemaluan) dan dubur, dengan dalil hadith Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu:
    ((لا تقبل صلاة من أحدث حتى يتوضأ)).
    "Tidak diterima solat seseorang yang berhadas sehinggalah dia berwudhu’". (Muttafaqun 'Alaih).
    Kedua dan Ketiga: Tidur lelap dan junub, dengan dalil hadith Safwan bin ‘Assal Radhiallahu ‘Anhu beliau berkata:
    كان رسول الله -صلى الله عليه وعلى آله وسلم- يأمرنا إذا كنا سفرا أن لا ننزع خفافنا ثلاثة أيام ولياليهن إلا من جنابة، ولكن من غائط وبول ونوم.
    “Dahulu Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam memerintahkan kami apabila kami dalam keadaan safar untuk tidak kami lepaskan khuf kami selama tiga hari tiga malam kecuali dalam keadaan junub (janabah), akan tetapi BAB (buang air besar), kencing, dan tidur (beliau tidak memerintahkan kami untuk melepaskannya)”. (HR. At-Tirmidzi, dan ini adalah hadith hasan).
    Dan tidur para Nabi tidaklah membatalkan wudhu’ mereka, dengan (dalil) hadith Anas bin Malik Radhiallahu ‘Anhu yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari dalam “Shahihnya” bahwasanya Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
    ((الأنبياء تنام أعينهم ولا تنام قلوبهم)).
    “Para Nabi tidur hanya pada mata-mata mereka dan hati-hati mereka tidak tidur”. Dan ini hanya khusus bagi mereka ‘Alaihimush Shalatu wa Sallam.
    Keempat: Menyentuh kemaluan, dengan dalil hadith Busyrah binti Safwan Radhiallahu ‘Anha bahwasanya Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
    ((من مس ذكره فلا يصل حتى يتوضأ)).
    “Barang siapa menyentuh kemaluannya maka tidak boleh dia melakukan solat sehinggalah dia berwudhu’. (HR. At-Tirmidzi, dan ini adalah hadith hasan. Hadith ini shahih dengan adanya penguat-penguat yang diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad dan selainnya dari hadith ‘Abdillah bin ‘Amr Radhiallahu ‘Anhuma bahwasanya Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
    ((أيما رجل مس ذكره فليتوضأ، وأيما امرأة مست فرجها فلتتوضأ)).
    "Lelaki mana sahaja yang menyentuh kemaluannya, maka hendaklah berwudhu’, dan wanita mana sahaja yang menyentuh kemaluannya maka hendaklah berwudhu’".
    Kelima: Makan daging unta, dengan dalil hadith Jabir bin Samurah Radhiallahu 'Anhu bahwasanya ada seseorang bertanya kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam:
    أنتوضأ من لحوم الإبل؟ قال: ((نعم)).
    Apakah kita harus berwudhu karena memakan daging unta? Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menjawab: "ya". (HR. Muslim).
    Keenam: Murtad (kafir/keluar dari agama Islam), dan ini adalah pembatal wudhu dan pembatal keislaman, dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    وَمَنْ يَكْفُرْ بِالْإِيمَانِ فَقَدْ حَبِطَ عَمَلُهُ [المائدة:5].
    "Barangsiapa yang kafir sesudah beriman maka batallah amalannya". (Al-Maidah: 5).
    Ketujuh: Hilang akal disebabkan gila, pengsan, mabuk, dan apa sahaja yang serupa dengannya umpamanya ubat-ubatan yang menyebabkan hilangnya akal. Telah sepakat para ulama bahwa wudhu batal disebabkan hal-hal tersebut.
    65. Wajib bagi seorang muslim menegakan solat lima waktu sehari semalam, dengan dalil hadith Thalhah bin 'Ubaidillah Radhiallahu 'Anhu bahwasanya ada seorang Arab Badwi (orang pegunungan/pedalaman) bertanya kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam tentang Islam, maka Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    ((خمس صلوات في اليوم والليلة)).
    "Solat lima waktu sehari semalam". (Muttafaqun 'Alaih).
    Jika dikatakan: Berapa rakaat dalam solat lima waktu? Maka kamu katakan: Semuanya ada tujuh belas rakaat, zohor empat rakaat, 'asar empat rakaat, maghrib tiga rakaat, isya' empat rakaat dan subuh dua rakaat, dan ketika safar diqasar (diringkas) solat zohor, asar dan 'isya' [masing-masing] menjadi dua rakaat maka berubalah menjadi sebelas rakaat.
    66. Setiap solat harus dikumandangkan azan padanya pada waktu (yang telah ditentukan)nya, dengan dalil hadith Malik bin Al-Huwairits Radhiallahu 'Anhu bahwasanya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    ((فإذا حضرت الصلاة فليؤذن لكم أحدكم وليؤمكم أكبركم)).
    "Jika telah masuk waktu solat maka azanlah salah seorang diantara kamu dan hendaklah menjadi imam adalah orang besar (orang yang tertua) dikalangan kamu". (Muttafaqun 'Alaih).
    67. Barang siapa yang mendengar azan maka hendaklah dia mengucapkan seperti apa yang diucapkan oleh mu'azin (orang yang mangumandangkan azan), dengan dalil hadith Abi Sa'id Al-Khudri Radhiallahu 'Anhu, bahwa Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    ((إذا سمعتم النداء، فقولوا مثل ما يقول المؤذن)).
    "Apabila kamu mendengar azan, maka ucapkanlah seperti apa yang diucapkan oleh muazin". (Muttafaqun 'Alaih).
    68. Apabila kamu hendak mendirikan solat menghadaplah ke kiblat (Ka'bah), dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ [البقرة:144].
    "Maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. dan dimana saja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya". (Al-Baqarah: 144).
    69. Mengangkat kedua tangan ketika solat terdapat pada empat tempat, dengan dalil hadith Abdillah bin Umar Radhiallahu 'Anhuma bahwasanya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam jika memulai solat beliau bertakbir dan mengakat kedua tangannya hingga sejajar dengan bahunya, jika hendak rukuk maka beliau mengangkat kedua tangannya, jika beliau mengucapkan:
    سمع الله لمن حمده
    Beliau mengangkat kedua tangannya (dan jika beliau berdiri dari rakaat kedua maka beliau mengangkat kedua tangannya, dan terus menerus Ibnu Umar mengerjakan yang demikian itu. (Muttafaqun 'Alaih), Adapun mengangkat kedua tangan jika berdiri dari rakaat kedua diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari secara sendirian).
    70. Meletakan tangan kanan di atas tangan kiri dalam solat, dengan dalil hadith Sahl bin Sa'ad, beliau berkata:
    كَانَ النَّاسُ يُؤْمَرُونَ أَنْ يَضَعَ الرَّجُلُ اليَدَ الْيُمْنَى عَلَى اليَدَ الْيُسْرَى فِى الصَّلاَةِ.
    "Dahulu orang-orang diperintahkan supaya meletakan tangan kanan di atas tangan kiri dalam solat". Dan hadith tersebut terangkat sampai kepada Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam.
    71. Doa yang paling shahih yang berkaitan dengan istiftah (pembukaan solat) setelah takbiratul ihram (takbir pertama), sebagaimana yang ada pada hadith Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, beliau berkata: Adalah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam jika telah bertakbir dalam solat beliau berdiam sejenak sebelum membaca (Al-Fatihah), maka ditanyakan tentang apa yang beliau ucapkan: Maka beliau berkata: "Aku mengucapkan:
    ((اللهم باعد بيني وبين خطاياي كما باعدت بين المشرق والمغرب، اللهم نقني من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس، اللهم اغسل خطاياي بالماء والثلج والبرد)).
    "Ya Allah jauhkanlah antara aku dengan kesalahan-kesalahanku sebagaimana Engkau menjauhkan antara timur dan barat. Ya Allah bersihkanlah aku dari kesalahan-kesalahanku sebagaimana bersihnya pakaian putih dari kotoran. Ya Allah bersihkanlah aku dari kesalahan-kesalahanku dengan air, salji dan ais". (Muttafaqun 'Alaih).
    72. Sebelum membaca Al-Fatihah ber-taa'wudz (memohon perlindungan) kepada Allah dari syaitan yang terkutuk dan membaca Basmallah (menyebut nama Allah) dengan suara perlahan, dengan dalil [Firman Allah Ta'ala]:
    فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ [النحل:98].
    "Jika kamu hendak membaca Al-Qur'an maka mintalah perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk". (An-Nahl: 98). Dan dari Anas bin Malik Radhiallahu 'Anhu bahwa Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, Abu Bakar dan Umar Radhiallahu 'Anhuma mereka semuanya memulai solat dengan membaca:
    (الحمد لله رب العالمين).
    "Segala puji bagi Allah Rabb semesta alam". (Muttafaqun 'Alaih). Dan dalam suatu riwayat: Mereka semuanya tidak mengeraskan bacaan:
    (بسم الله الرحمن الرحيم).
    "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang". (HR. Ahmad: 3/179, dan An-Nasa'i: 2/531, dengan sanad shahih).
    73. Setelah membaca taa'wudz dan basmalah bacalah Al-Fatihah, dengan dalil hadith 'Ubadah Ibnu Shamit bahwa Nabi Shallallahu 'Alihi wa Sallam bersabda:
    ((لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب)).
    "Tidak ada solat bagi sesiapa saja yang tidak membaca pembukaan Al-Qur'an (Al-Fatihah)". (Muttafaqun 'Alaih).
    74. Ta'min (Mengucapkaan Aamiin), dengan dalil hadith Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, beliau mengatakan: Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    «إِذَا قَالَ الإِمَامُ (غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ) فَقُولُوا آمِينَ».
    "Jika imam telah mengucapkan:
    (غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ)
    "Maka kamu katakan: Aamiin!". Dan dari hadith Aisyah Radhiallahu 'Anha dari Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam beliau bersabda:
    ما حسدتكم اليهود على شىء ما حسدتكم على السلام والتأمين
    "Tidaklah orang-orang Yahudi hasad kepada kamu atas sesuatu sebagaimana hasadnya mereka kepada kamu atas ucapan salam dan ucapan Aamiin". (HR. Ibnu Majah dengan sanad hasan).
    75. Solat dengan thuma'ninah (tenang dan khusyu'), dengan dalil hadith Abu Hurairah, bahwa Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam mengajar seorang shahabat yang salah solatnya dan beliau mengatakan:
    ((إذا قمت إلى الصلاة فكبر، ثم اقرأ ما تيسر معك من القرآن، ثم اركع حتى تطمئن راكعا، ثم ارفع حتى تعتدل قائما، ثم اسجد حتى تطمئن ساجدا، ثم افعل ذلك في صلاتك كلها)).
    "Jika kamu hendak solat maka bertakbirlah, kemudian bacalah apa yang mudah bagimu dari Al-Qur'an, kemudian ruku'lah sehingga posisimu tenang (thuma'ninah) dalam ruku', kemudian bangkitlah dari ruku' (i'tidal) sampai posisimu benar-benar berdiri tegak, kemudian sujudlah sampai kamu tenang dalam sujud. Kemudian kerjakan yang demikian itu pada setiap solatmu". (Muttafaqun 'Alaih).
    76. Turun ketika sujud dengan bertumpu pada kedua tangan, dengan dalil hadith Al-Bara' bin 'Azib Radhiallahu 'Anhu beliau berkata: Adalah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam jika telah mengucapkan:
    سمع الله لمن حمده
    Tidak ada seorang pun dari kami yang membongkokkan punggungnya sampai Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam sujud, kemudian kami sujud setelahnya". (Muttafaqun 'Alaih). Dan membongkokkan punggung akan terjadi ketika turun sujud dengan bertumpu pada dua tangan.
    77. Zikir-zikir ruku' dan sujud: Dari Huzaifah Radhiallahu 'Anhu bahwa Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam membaca dalam ruku'nya:
    ((سبحان ربي العظيم)).
    "Maha Suci Robbku Al-'Azhiim". Dan dalam sujudnya:
    ((سبحان ربي الأعلى)).
    "Maha Suci Robbku Al-A'laa". (HR. Muslim, no. 772). Dan jumlah tasbih paling minimal dalam ruku' adalah tiga kali tasbih, telah ada yang demikian itu pada sebuah hadith dari Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam dengan banyak periwayatannya.
    Dan hendaklah dalam ruku' memperbanyakkan zikir dan hendaklah dalam sujud memperbanyakkan do'a, dengan dalil hadith Ibnu 'Abbas Radhiallahu 'Anhu bahwa Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    ((فأما الركوع فعظموا فيه الرب عز وجل، وأما السجود فاجتهدوا في الدعاء، فقمن أن يستجاب لكم)).
    "Adapun ketika ruku' maka agungkanlah Robb kamu 'Azza wa Jalla, dan adapun ketika sujud maka bersunguh-sungguhlah kamu dalam berdo'a kerana lebih cepat untuk dikabulkan bagi kamu (doa kamu)". (HR. Muslim).
    78. Yang dibaca oleh Imam dan munfarid (orang yang shalat sendirian) setelah bangkit dari ruku', dari Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, beliau berkata: Adalah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam jika berdiri untuk melakukan solat, beliau bertakbir ketika berdiri, kemudian bertakbir ketika hendak ruku', kemudian mengucapkan ketika beliau berdiri (dari ruku'):
    سَمِعَ الله لِمَنْ حَمِدَهُ
    "Allah mendengar orang yang memujiNya". Ketika mengangkat punggungnya dari ruku' kemudian berkata:
    رَبَّنَا ولَكَ الْحَمْدُ
    "Wahai Robb kami hanya kepadaMulah segala pujian"…..Al-Hadith (Muttafaqun 'Alaih). Pada hadith ini terdapat perintah untuk takbiratul intiqal [takbir ketika berpindah dari satu gerakan ke gerakan yang lain].
    79. Tasyahhud dalam solat, dan yang paling shahih tentang bentuk bacaan tasyahud adalah hadith Abdullah bin Mas'ud Radhiallahu 'Anhu bahwa Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda: Jika salah seorang diantara kamu telah duduk dalam solat maka hendaklah mengucapkan:
    ((التحيات لله والصلوات والطيبات السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا عبده ورسوله)).
    "Segala penghormatan hanya untuk Allah, shalawat dan segala kebaikan salam ke atasmu wahai Nabi beserta rahmat Allah dan berkahNya. Semoga salam untuk kami dan hamba-hamba Allah yang shalih. Aku bersaksi bahwa tidak ada sembahan yang berhak disembah kecuali Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya". (Muttafaqun 'Alaih).
    80. Sifat (cara) duduk dalam solat dan memberi isyarat (jari telunjuk) ketika tasyahhud, sebagaimana dalam hadith Abdillah Ibnu Zubair Radhiallahu 'Anhuma beliau berkata:
    كان رسول الله -صلى الله عليه وعلى آله وسلم- إذا قعد في الصلاة وضع يده اليمنى على فخذه اليمنى، ويده اليسرى على فخذه اليسرى، وأشار بأصبعه السبابة.
    "Adalah Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam jika duduk dalam solat maka beliau meletakan tangannya kanannya di atas paha kanannya dan meletakan tangan kirinya di atas paha kirinya dan memberi isyarat dengan jari telunjuknya". (HR. Muslim).
    81. Mengucapkan shalawat atas Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam setelah tasyahhud, dengan dalil hadith Fudhalah bin 'Ubaid Radhiallahu 'Anhu bahwa Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    ((إذا صلى أحدكم فليبدأ بتحميد ربه سبحانه وتعالى، والثناء عليه، ثم يصلي على النبي -صلى الله عليه وعلى آله وسلم-، ثم يدعوا بعد بما شاء)).
    "Jika salah seorang diantara kamu solat maka mulailah dengan memuji Robbnya Subhanahu wa Ta'ala dan memujiNya kemudian bershalawat kepada Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, kemudian berdo'a sesuai dengan apa yang dia inginkan". (HR. Abu Dawud, dan ini adalah hadith shahih).
    Dan termasuk yang paling bagus bentuk lafaz shalawat atas Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam adalah apa yang ada pada hadith Abu Mas'ud Al-Badri Radhiallahu 'Anhu bahwa Basyir bin Sa'd berkata kepada Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam: "Allah memerintahkan kepada kami untuk bershalawat kepadamu wahai Rasulullah, lalu bagaimana caranya kami bershalawat kepadamu? Berkata Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam: "Kamu ucapkan:
    ((اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على آل إبراهيم، وبارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على آل إبراهيم في العالمين إنك حميد مجيد)).
    "Ya Allah, limpahkanlah shalawat atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau telah melimpahkan shalawat kepada keluarga Ibrahim. Dan limpahkanlah berkah atas Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau telah melimpahkan berkah kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia". (HR. Muslim).
    82. Doa sebelum salam kemudian zikir setelahnya, dari Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, beliau berkata: Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    ((إذا فرغ أحدكم من التشهد الآخر فليتعوذ بالله من أربع: من عذاب جهنم، ومن عذاب القبر، ومن فتنة المحيا والممات، ومن شر المسيح الدجال)).
    "Jika salah seorang dari kamu telah selesai dari tasyahhud yang terakhir maka hendaklah bertaa'wudz (berlindung) kepada Allah dari empat perkara: Berlindung dari fitnah neraka jahannam, dari azab kubur dan dari fitnah kehidupan serta fitnah kematian dan berlindung dari kejelekan al-masih Ad-Dajjal". (HR. Muslim, no. 588). Dan dari Mu'az bin Jabal Radhiallahu 'Anhu bahwa Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam memegang tangannya dan berkata:
    «يا معاذ، والله إني لأحبك» فقال معاذ: بأبي وأمي يا رسول الله، وأنا أحبك. فقال: «أوصيك يا معاذ لا تدعن في دبر كل صلاة أن تقول: «اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك».
    "Wahai Mu'az sesungguhnya aku menyenangimu, aku ingin memberimu wasiat wahai Mu'az agar jangan sekali-kali kamu meninggalkan pada penghujung setiap solat ucapan:
    «اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك».
    "Ya Allah tolonglah aku untuk selalu mengingatMu dan mensyukuri (ni'mat)Mu dan memperbaiki ibadahku kepadaMu". Ini adalah hadith shahih.
    82. Diantara zikir-zikir tidur dan bangun tidur: Dari Huzaifah Radhiallahu 'Anhu beliau berkata: Adalah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam jika ingin tidur beliau mengucapkan:
    ((باسمك اللهم أموت وأحيا))
    "Dengan nama-Mu ya Allah aku mati dan aku hidup". Dan jika bangun dari tidurnya beliau berkata:
    ((الحمد لله الذي أحيانا بعد ما أماتنا وإليه النشور)).
    "Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan (menidurkan) kami dan hanya kepada-Nya-lah kami dibangkitkan". (HR. Al-Bukhari).
    84. Membaca basmalah ketika hendak makan, dengan dalil hadith Umar bin Abi Salamah bahwa Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam berkata kepadanya:
    ((يا غلام سم الله، وكل بيمينك، وكل مما يليك)).
    "Wahai anak (remaja) sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu serta makanlah dari yang dekat denganmu". Maka aku sentiasa makan seperti itu. (Muttafaqun 'Alaih).
    85. Mengganggu jiran dan kaum muslimin adalah haram, dengan dalil hadith Ibnu 'Amr Radhiyallahu 'Anhuma bahwa Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    ((المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده)).
    "Seorang muslim adalah orang yang kaum muslimin selamat dari kejelekan lisannya dan gangguan tangannya". (Muttafaqun 'Alaih).
    86. Jika kamu ingin masuk rumah maka minta izinlah sebelum kamu masuk, dengan dalil Firman Allah Ta'ala:
    يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَدْخُلُوا بُيُوتاً غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّى تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا [النور:27].
    "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumah kamu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya". (An-Nuur: 27).
    Dan dari seorang shahabat Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bahwa Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam berkata kepada seorang pembantunya:
    ((اخرج إلى هذا وعلمه الاستئذان، فقل له: قل: السلام عليكم، أأدخل)).
    "Keluarlah kepada orang ini dan ajarkanlah kepadanya tata cara meminta izin, katakan kepadanya: Ucapkanlah: Assalamu 'alaikum, bolehkah aku masuk?!". Dan dari Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu bahwa Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    ((...أفشوا السلام بينكم)).
    "Sebarkan salam diantara kalian". (HR. Muslim).
    87. Wajib bagi kamu untuk jujur, karena kejujuran itu menunjuki (membawa) kepada syurga, dengan dalil hadith Ibnu Mas'ud Radhiallahu 'Anhu bahwa Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    ((إن الصدق يهدي إلى البر، وإن البر يهدي إلى الجنة، وإن الكذب يهدي إلى الفجور، وإن الفجور يهدي إلى النار)).
    "Sesungguhnya kejujuran membawa kepada kebaikan, dan kebaikan membawa kepada Syurga dan dusta membawa kepada kejahatan, dan sungguh kejahatan membawa ke neraka". (Muttafaqun 'Alaih).
    88. Wajib bagimu untuk berbakti kepada kedua ibu bapa, dan sungguh Allah 'Azza wa Jalla telah memerintahkan hal yang demikian itu, Allah Ta'ala berfirman:
    وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَاناً [الإسراء:23].
    "Dan Robbmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya". (Al-Isra': 23).
    89. Menjauhi perbuatan menyerupai orang-orang kafir, karena sesungguhnya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam telah bersabda:
    ((من تشبه بقوم فهو منهم)).
    "Barang siapa menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari mereka". (HR. Ahmad dan selainnya dari hadith Ibnu 'Umar dan hadith ini hasan).
    90. Hendaklah kamu memperbanyak zikir (mengingati) Allah 'Azza wa Jalla, dengan zikir-zikir yang telah pasti (keshahihannya) dengan dalil yang ada, karena hal itu termasuk dari sebab-sebab keberuntungan di dunia dan di akhirat, Allah Ta'ala berkata:
    وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيراً لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ [الجمعة:10].
    "Dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya supaya kamu beruntung". (Al-Jum'ah: 10). Dan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu beliau berkata: Berkata Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam:
    ((كلمتان خفيفتان على اللسان ثقيلتان في الميزان حبيبتان إلى الرحمن: سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم))
    "Dua kalimat yang sangat ringan di lisan dan sangat berat di mizan (timbangan) yang dicintai oleh Ar-Rahman: Maha Suci Allah dengan segala pujianNya, dan Maha Suci Allah Al-'Azhiim" . (Muttafaqun 'Alaih).
    91. Penutup majlis: Dari 'Aisyah Radhiallahu 'Anha bahwa Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam jika duduk dalam suatu majlis atau solat maka beliau mengucapkan beberapa kalimat, maka Aisyah bertanya kepadanya tentang kalimat-kalimat tersebut, lalu Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    ((إن تكلم بخير كان طابعا عليهن إلى يوم القيامة، وإن تكلم بغير ذلك كان كفارة: سبحانك وبحمدك لا إله إلا أنت، أستغفر الله وأتوب إليه)).
    "Apabila kamu berbicara dengan pembicaraan yang baik maka kalimat ini sebagai pengikutnya hingga hari kiamat, dan jika kamu berkata dengan perkataan selain demikian itu maka itu sebagai kaffarah (tebusan)nya: "Maha Suci Engkau ya Allah, dan dengan memujiMu yang tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Engkau, aku beristighfar (memohon ampun) kepada Allah dan aku bertaubat kepadaNya". (HR. Ahmad, dan ini adalah hadith shahih).

    ذكر أسماء الله الحسنى بأدلتها
    Menyebut Nama-nama Allah Yang Indah dengan Dalil-dalilnya
    Dari Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu dari Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, beliau bersabda:
    «إِنَّ لِلَّهِ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ اسْمًا مِائَةً إِلاَّ وَاحِدًا مَنْ أَحْصَاهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ إِنَّهُ وِتْرٌ يُحِبُّ الْوِتْرَ».
    "Sesungguhnya Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama, (seratus) kurang satu, barang siapa menghafal [dan menjaganya] maka akan masuk syurga, dan sesungguhnya Allah Al-Witr dan dia menyukai al-witir (yang ganjil)". (HR. Al-Bukhari, no. 6410 dan Muslim, no. 2677 dan ini adalah lafaz beliau).
    1.Allah, 2. Al-Ilah, 3. Al-Hayyu, 4. Al-Qayyuum, Allah Ta'ala berfirman:
    اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوم [البقرة/255]
    "Allah, tidak ada sembahan (yang berhak disembah) melainkan Al-Hayyu (Yang tetap hidup) Al-Qayyum (Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya)). ". (Al-Baqarah: 255).

    5. Ar-Robb, 6. Ar-Rahmaan, 7. Ar-Rahiim, Allah Ta'ala berfirman:
    الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (2) الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (3) [الفاتحة/2، 3]
    "Segala puji bagi Allah Robb( Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam semesta) , Ar-Rahmaan lagi Ar-Rahiim". (Al-Fatihah: 2-3). Dan dari Ibnu 'Abbas Radiallahu 'Anhu beliau berkata: Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    فَأَمَّا الرُّكُوعُ فَعَظِّمُوا فِيهِ الرَّبّ عز وجل.
    "…Adapun ruku' maka agungkanlah kamu pada ruku' tersebut Ar-Robb 'Azza wa Jalla". (HR. Muslim, no. 479).
    8. Al-Malik, 9. Al-Qudduus, 10. As-Sallaam, 11. Al-Mu'min, 12. Al-Muhaimin, 13. Al-Jabbaar, 14. Al-Mutakabbir, 15. Al-Khaaliq, 16. Al-Baari', 17. Al-Mushawwir, 18. Al-'Aziiz, 19. Al-Hakiim, Allah Ta'ala berfirman:
    هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ (22) هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ (23) هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (24) [الحشر/22-24].
    "Dialah Allah yang tidak ada sembahan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Ar-Rahmaan lagi Ar-Rahiim. Dialah Allah yang tidak ada sembahan selain Dia, Al-Malik, Al-Qudduus, As-Salaam, A-Mu'min, Al-Muhaimiin, Al-'Aziiz, Al-Mutakabbir, Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dialah Al-Khaaliq, Al-Baari, Al-Mushawwir, yang mempunyai nama-nama yang Indah. bertasbih kepadanya apa yang di langit dan bumi. dan Dialah Al-'Aziiz lagi Al-Hakiim". (Al-Hasyr: 22-24).
    20. Al-Awwal, 21. Al-Aakhir, 22. Azh-Zhaahir, 23. Al-Baathin, 24. Al-'Aaliim, Allah Ta'ala berfirman:
    هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآَخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ [الحديد/3]
    "Dialah Al-Awwal dan yang Al-Aakhir, Azh-Zhaahir, dan Al-Baathin; dan Dia Al-'Aliim terhadap segala sesuatu". (Al-Hadiid: 3).
    25. Al-Ghafuur, 26. Al-Waduud, 27. Al-Majiid, Allah Ta'ala berfirman:
    وَهُوَ الْغَفُورُ الْوَدُودُ (14) ذُو الْعَرْشِ الْمَجِيدُ (15) [البروج/14، 15]
    "Dia-lah Al-Ghafuur lagi Al-Waduud, yang mempunyai 'Arsy Al-Majiid". (Al-Buruuj: 14-15).
    28. Ar-Razzaaq, 29. Al-Qawwiy, 30. Al-Matiin, Allah Ta'ala berfirman:
    إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِين [الذاريات/58]
    "Sesungguhnya Allah Dialah Ar-Razzaaq, Dzul Quwwah lagi Al-Matiin". (Adz-Dzaariyaat: 58). Dan Allah Ta'ala berkata:
    وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ [الشورى/19]
    "Dialah Al-Qawiiy lagi Al-'Aziiz". (Asy-Syura'a: 19).
    31. Al-Khair, 32. Al-Haafidz, 33. Al-Hafiidz. Allah Ta'ala berfirman:
    فَاللَّهُ خَيْرٌ حَافِظًا وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ [يوسف/64]
    "Maka Allah adalah Al-Haafidz dan Arhamur-Raahimiin". (Yusuf: 64). Dan Firman Ta'ala:
    إِنَّ رَبِّي عَلَى كُلِّ شَيْءٍ حَفِيظٌ [هود/57]
    "Sesungguhnya Robbku adalah Al-Hafiidz". (Huud: 87).
    34. Al-'Aalim, 35. Al-Kabiir, 36. Al-Muta'aal. Allah Ta'ala berfirman:
    عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ الْكَبِيرُ الْمُتَعَالِ [الرعد/9]
    "Al-'Aalim terhadap semua yang ghaib dan yang nampak; Al-Kabiir lagi Al-Muta'aal". (Ar-Ra'd: 9).
    37. Al-Maalik, 38. Al-Maliik, 39. Al-Muqtadir. Allah Ta'ala berfirman:
    فِي مَقْعَدِ صِدْقٍ عِنْدَ مَلِيكٍ مُقْتَدِرٍ [القمر/55]
    "Di tempat yang disenangi di sisi Al-Maliik lagi Al-Muqtadir". (Al-Qamar: 55).
    40. Al-Ahad, 41. Ash-Shamad. Allah Ta'ala berfirman:
    قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) [الإخلاص/1، 2]
    "Katakanlah: "Dia-lah Allah Al-Ahad. Allah Ash-Shamad". (Al-Ikhlash: 1-2). Dan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, dari Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam beliau bersabda:
    قال الله عز وجل: .....وأنا الأحد الصمد لم ألد ولم أولد ولم يكن لي كفأ أحد.
    "Allah 'Azza wa Jalla berfirman:…. Dan Aku Al-Ahad lagi Ash-Shamad, tidak beranak dan tidak pula diperanakan dan tidak ada sesuatupun yang setara (dengan-Ku)". (HR. Al-Bukhari, no. 4979).
    42. Al-Waahid, 43. Al-Qahhaar. Allah Ta'ala berfirman:
    وَهُوَ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ [الرعد/16]
    "Dialah Al-Waahid lagi Al-Qahhar". (Ar-Ra'd: 16).
    44. Al-Waliyy, 45. Al-Hamiid. Allah Ta'ala berfirman:
    وَهُوَ الْوَلِيُّ الْحَمِيدُ [الشورى/28]
    "Dan Dialah Al-Waliyy lagi Al-Hamiid". (Asy-Syuuraa: 28).
    46. Al-Maulaa, 47. An-Nashiir. Allah Ta'ala berfirman:
    فَنِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ [الحج/78]
    "Maka Dialah sebaik-baik Al-Maulaa dan sebaik- baik An-Nashiir". (Al-Hajj: 78).
    48. Ar-Raqiib, 49. Asy-Syahiid. Allah Ta'ala berfirman:
    فَلَمَّا تَوَفَّيْتَنِي كُنْتَ أَنْتَ الرَّقِيبَ عَلَيْهِمْ وَأَنْتَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ [المائدة/117]
    "Maka setelah Engkau wafatkan Aku, Engkaulah Ar-Raqiib atas mereka. dan Engkau adalah Asy-Syahiid atas segala sesuatu". (Al-Maidah: 117).
    50. As-Samii', 51. Al-Bashiir. Allah Ta'ala berfirman:
    إِنَّ اللَّهَ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِير [غافر/20]
    "Sesungguhnya Dia-lah As-Samii' lagi Al-Bashiir". (Ghaafir: 20).
    52. Al-Haq, 53. Al-Mubiin. Allah Ta'ala berfirman:
    وَيَعْلَمُونَ أَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقُّ الْمُبِينُ [النور/25]
    "Dan mereka mengetahui bahwa Allah-lah Al-Haq lagi Al-Mubiin". (An-Nuur: 25).
    54. Al-Lathiif, 55. Al-Khabiir. Allah Ta'ala berfirman:
    أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ [الملك/14]
    "Apakah Allah yang menciptakan itu tidak mengetahui (yang kamu lahirkan atau rahsiakan); dan Dialah Al-Lathiif lagi Al-Khabiir". (Al-Mulk: 14).
    56. Al-Qariib, 57. Al-Mujiib. Allah Ta'ala berfirman:
    إِنَّ رَبِّي قَرِيبٌ مُجِيبٌ [هود/61]
    "Sesungguhnya Robbku Al-Qariib lagi Al-Mujiib". (Huud: 61).
    58. Al-Kariim, 59. Al-Akram. Allah Ta'ala berfirman:
    يَا أَيُّهَا الْإِنْسَانُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ الْكَرِيمِ [الإنفطار/6]
    "Hai manusia, Apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat derhaka) terhadap Robbmu Al-Kariim". (Al-Infithaar: 6). Dan FirmanNya Ta'ala:
    اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ [العلق/3]
    "Bacalah, dan Robbmulah Al-Akraam". (Al-'Alaq: 3).
    60. Al-'Aliyyu, 61. Al-'Azhiim. Allah Ta'ala berfirman:
    وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ [البقرة/255]
    "Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Dialah Al-'Aliyyu lagi Al-'Azhiim". (Al-Baqarah: 255).
    62. Al-Hasiib, 63. Al-Wakiil. Allah Ta'ala berfirman:
    فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ [آل عمران/173]
    "Maka bertambahlah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Allahlah Al-Hasiib bagi Kami dan Allahlah Al-Wakiil". (Ali Imran: 173).
    64. Asy-Syakuur, 65. Al-Haliim. Allah Ta'ala berfirman:
    وَاللَّهُ شَكُورٌ حَلِيمٌ [التغابن/17]
    "Dan Allah adalah Asy-Syakuur lagi Al-Haliim". (At-Taghaabun: 17).
    66. Al-Biir. Allah Ta'ala berfirman:
    إِنَّهُ هُوَ الْبَرُّ الرَّحِيمُ [الطور/28]
    "Sesungguhnya Dialah Al-Biir lagi Ar-Rahiim". (Ath-Thuur: 28).
    67. Asy-Syakiir. Allah Ta'ala berfirman:
    وَكَانَ اللَّهُ شَاكِرًا عَلِيمًا [النساء/147]
    "Dan Allah adalah Asy-Syaakir lagi Al-'Aliim". (An-Nisa': 147).
    68. Al-Wahhaab. Allah Ta'ala berfirman:
    أَمْ عِنْدَهُمْ خَزَائِنُ رَحْمَةِ رَبِّكَ الْعَزِيزِ الْوَهَّابِ [ص/9]
    "Atau Apakah mereka itu mempunyai perbendaharaan rahmat Robbmu Al-'Aziiz lagi Al-Wahhab". (Shaad: 9).
    69. Al-Qaahir. Allah Ta'ala berfirman:
    وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ [الأنعام/18]
    "Dan Dialah Al-Qaahir atas semua hamba-hambaNya". (Al-An'am: 18).
    70. Al-Ghaffaar. Allah Ta'ala berfirman:
    رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا الْعَزِيزُ الْغَفَّارُ [ص/66]
    "Robb langit-langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya Al-'Aziiz lagi Al-Ghaffaar". (Shaad: 66).
    71. At-Tawwab. Allah Ta'ala berfirman:
    فَتَلَقَّى آَدَمُ مِنْ رَبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ [البقرة/37]
    "Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Robbnya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah At-Tawwab lagi Ar-Rahiim". (Al-Baqarah: 37).
    72. Al-Fattaah. Allah Ta'ala berfirman:
    وَهُوَ الْفَتَّاحُ الْعَلِيمُ [سبأ/26]
    "Dan Dialah Al-Fattaah lagi Al-'Aliim". (Saba': 26).
    73. Ar-Rauuf. Allah Ta'ala berfirman:
    وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ وَأَنَّ اللَّهَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ [النور/20]
    "Dan Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu semua, dan sungguh Allah adalah Ar-Rauuf lagi Ar-Rahiim". (An-Nuur: 20).
    74. An-Nuur. Allah Ta'ala berfirman:
    اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ [النور/35]
    "Allahlah An-Nuur langit dan bumi". (An-Nuur: 35).
    75. Al-Muqiit. Allah Ta'ala berfirman:
    وَكَانَ اللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ مُقِيتًا [النساء/85]
    "dan Allahlah Al-Muqiit atas segala sesuatu". (An-Nisa': 85).
    76. Al-Waasi'. Allah Ta'ala berfirman:
    وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ [البقرة/247]
    "Dan Allah adalah Al-Waasi' lagi Al-'Aliim". (Al-Baqarah: 247).
    77. Al-Waarith. Allah Ta'ala berfirman:
    وَنَحْنُ الْوَارِثُونَ [الحجر/23]
    "Dan Kami-lah Al-Waarith". (Al-Hijr: 23).
    78. Al-A'laa. Allah Ta'ala berfirman:
    سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى [الأعلى/1]
    "Sucikanlah nama Robbmu Al-A'laa". (Al-A'laa: 1).
    79. Al-Muhiith. Allah Ta'ala berfirman:
    أَلَا إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ مُحِيطٌ [فصلت/54]
    "Ingatlah bahwa sesungguhnya Dia adalah Al-Muhiith". (Fushshilat: 54).
    80. Al-'Allaam. Allah Ta'ala berfirman:
    أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ سِرَّهُمْ وَنَجْوَاهُمْ وَأَنَّ اللَّهَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ [التوبة/78]
    "Tidaklah mereka tahu bahwasanya Allah mengetahui rahasia dan bisikan mereka, dan bahwasanya Allahlah Al-'Allaam segala yang ghaib". (At-Taubah: 78).
    81. Al-Musta'aan . Allah Ta'ala berfirman:
    وَرَبُّنَا الرَّحْمَنُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ [الأنبياء/112]
    "Dan Robb kamilah Ar-Rahmaan lagi Al-Musta'aan terhadap apa yang kamu katakan".(Al-Anbiya': 112).
    82. Al-Haadiy. Allah Ta'ala berfirman:
    وَإِنَّ اللَّهَ لَهَادِ الَّذِينَ آَمَنُوا إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ [الحج/54]
    "Dan sesungguhnya Allah adalah Al-Haadiy bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus". (Al-Hajj: 54).
    83. An-Naashir. Allah Ta'ala berfirman:
    بَلِ اللَّهُ مَوْلَاكُمْ وَهُوَ خَيْرُ النَّاصِرِينَ [آل عمران/150]
    "Tetapi (ikutilah Allah), Allahlah Pelindung kamu, dan Dialah An-Naashir". (Ali Imraan: 150).
    84. Al-Khallaaq. Allah Ta'ala berfiman:
    إِنَّ رَبَّكَ هُوَ الْخَلَّاقُ الْعَلِيمُ [الحجر/86]
    "Sesungguhnya Robbmu, Dia-lah Al-Khallaaq lagi Al-'Aliim". (Al-Hijr: 86).
    85. Al-'Afuw. Allah Ta'ala berfirman:
    فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا قَدِيرًا [النساء/149]
    "Maka Sesungguhnya Allah adalah Al-'Afuw lagi Al-Qadiir". (An-Nisa': 149).
    86. Al-Haakim. Allah Ta'ala berfiman:
    وَاتَّبِعْ مَا يُوحَى إِلَيْكَ وَاصْبِرْ حَتَّى يَحْكُمَ اللَّهُ وَهُوَ خَيْرُ الْحَاكِمِينَ [يونس/109]
    "Dan ikutilah apa yang diwahyukan kepadamu, dan bersabarlah hingga Allah memberi keputusan dan Dia adalah Al-Haakim". (Yunus: 109).
    87. Al-Ghaniy. Allah Ta'ala berfirman:
    وَرَبُّكَ الْغَنِيُّ ذُو الرَّحْمَةِ [الأنعام/133]
    "Dan Robbmu Al-Ghaniy lagi memiliki Ar-Rahmah". (Al-An'am: 133).
    88. Al-Kafiil. Allah Ta'ala berfiman:
    وَقَدْ جَعَلْتُمُ اللَّهَ عَلَيْكُمْ كَفِيلًا [النحل/91]
    "Dan sungguh kamu telah menjadikan Allah atas kamu sebagai Al-Kafiil". (An-Nahl: 91).
    Dan Al-Imam Al-Bukhari Rahimahullah telah meriwayatkan tanpa sanad dalam Kitab Al-Hawaalaat, setelah hadith (no. 2291) dan Al-Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad [yang bersambung sampai kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam] (Juz 2/Hal. 348) dari Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu dari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bahwasanya beliau menyebutkan seseorang dari Bani Israil:
    .....قال: وكفى بالله وكيلا.
    …..Berkata: Cukuplah bagi Allah Al-Kafiil". Dan ini adalah hadith shahih.
    89. Al-Hayy, 90. As-Sittiir. Allah Ta'ala berfirman:
    وَاللَّهُ لَا يَسْتَحْيِي مِنَ الْحَقِّ [الأحزاب/53]
    "Dan Allah tidak malu daripada (menerangkan) yang benar". (Al-Ahzaab: 53). Dan dari Ya'laa bin Umayyah, beliau berkata: Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    إن الله تعالى حيي ستير.
    "Sesungguhnya Allah 'Azza wa Jalla adalah Al-Hayy lagi As-Sittiir". (HR. Abu Dawud (no. 4012), Ahmad (4/224) dan An-Nasai (406)), dan ini adalah hadith shahih.
    91. Al-Musa'ir, 92. Al-Qaabidh, 93. Al-Baasith, 94. Ar-Razzaaq, dari Anas bin Malik Radhiallahu 'Anhu, beliau berkata: Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    «إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمُسَعِّرُ الْقَابِضُ الْبَاسِطُ الرَّازِقُ وَإِنِّى لأَرْجُو أَنْ أَلْقَى رَبِّى وَلَيْسَ أَحَدٌ مِنْكُمْ يَطْلُبُنِى بِمَظْلَمَةٍ فِى دَمٍ وَلاَ مَالٍ».
    "Sesungguhnya Allah adalah Al-Musa'ir, Al-Qaabidh, Al-Baasith, Ar-Raaziq. Dan aku berharap berjumpa dengan Robbku dan tidak seorang pun dari kamu menuntutku tentang kezaliman penumpahan darah dan pengambilan harta". Ini adalah hadith shahih (HR. Abu Dawud, no. 3450, dan selainnya).
    95. Al-Muqaddim, 96. Al-Muakhkhir, 97. Al-Qadiir, dari Abu Musa, dari Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, beliau bersabda:
    .....أنت المقدم وأنت المؤخر وأنت على كل شيء قدير
    "Engkau Al-Muqaddim, Engkau Al-Muakhkhir, dan Engkau atas segala sesuatu Al-Qadiir". (HR. Al-Bukhari, no. 6398 dan Muslim, no. 2719).
    98. As-Subbuuh, dari Aisyah Radhiallahu 'Anha, bahwa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ....
    "As-Subbuuh Al-Qudduus…". (HR. Muslim, no. 487).
    99. Ar-Rafiiq, dari Aisyah Radhiallahu 'Anha, bahwa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    إن الله رفيق يحب الرفق في الأمر كله
    "Ya Aisyah, sesungguhnya Allah adalah Ar-Rafiiq, Dia mencintai kelembutan pada semua perkara…". (HR. Al-Bukhari, no. 6927 dan Muslim, no. 2597).
    100. Ath-Thayyib, dari Abu Hurairah Radhiallahu 'Anhu, beliau berkata: Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    أيُّها الناس إنَّ الله طيّبٌ لا يَقْبَلُ إلا طيّباً ...
    "Wahai Manusia, sesungguhnya Allah adalah Ath-Thayyib, tidaklah Dia menerima kecuali yang baik-baik….". (HR. Muslim, no. 1015).
    101. Al-Hakam, dari Abu Syuraih Haanii' bin Yaziid Radhiallahu 'Anhu, beliau berkata: Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    إن الله هو الحكم وإليه الحكم....
    "Sesungguhnya Allah adalah Al-Hakam, dan kepadanya keputusan (hukum)….". (HR. Abu Dawud, no. 4955, An-Nasai, no. 5387, dan ini adalah hadith shahih.
    102. Asy-Syaafiy, dari Aisyah Radhiallahu 'Anha, bahwa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam jika sakit maka beliau berkata:
    أذهب البأس رب الناس واشف وأنت الشافي....
    "Hilangkanlah derita (sakit) Robb manusia, sembuhkanlah aku, Engkau Asy-Syaafiy….". (HR. Al-Bukhari, no. 5675 dan Muslim, no. 2191).
    103. Al-Mu'thiy, dari Mu'awiyyah Radhiallahu 'Anhu, beliau berkata: sabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam:
    ....والله المعطي وأنا القاسم.
    "…..Allah Al-Mu'thiy dan aku Al-Qasiim". (HR. Al-Bukhari, no. 3116 dan Muslim, no. 1037) dan ini adalah lafaz Al-Bukhari.
    104. Al-Witir, dengan dalil hadith yang telah disebutkan pada awal nama-nama (Allah) ini.
    105. Ath-Thabiib, dari Abi Rimtsah, beliau berkata: Sabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam:
    ....اللهُ الطبيب
    "…..Allah Ath-Thabiib". (HR. Abu Dawud, no. 4206, dan Ahmad: 4/163), dan ini adalah hadith shahih.
    106. Al-Jamiil, dari Abdillah bin Mas'ud Radhiallahu 'Anhu, dari Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, beliau bersabda:
    إن الله جميل يحب الجمال.
    "Sesungguhnya Allah adalah Al-Jamiil, Dia mencintai kecantikkan". (HR. Muslim, no. 91).
    107. Al-Mannaan, dari Anas bin Malik Radhiallahu 'Anhu, beliau berkata: Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam mendengar seseorang berkata: Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadamu bahawa bagiMu pujian, tidak ada sembahan yang berhak disembah kecuali Engkau, tidak ada sekutu bagiMu, Al-Mannaan…. Maka Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    لَقَدْ دَعَا اللَّهَ بِاسْمِهِ الأَعْظَمِ الَّذِي إِذَا دُعِيَ بِهِ اسْتَجَابَ.
    "Sungguh benar-benar dia telah meminta kepada Allah dengan namaNya Al-A'zham yang jika diminta dengannya maka diberi, dan jika memohon dengannya maka dikabulkan". (HR. Ibnu Majah, no. 3858), dan ini adalah hadith hasan.
    108. As-Sayyid, dari Abdillah Ibnu-As Syikhkhir, beliau berkata: Kami berkata: Ya Rasulullah engkau sayyid kami, maka Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    «السَّيِّدُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى».
    "As-Sayyid adalah Allah Tabaraka wa Ta'ala". (HR. Abu Dawud, no. 4806) dan ini adalah hadith shahih.
    109. Ad-Dayyan, berkata Al-Imam Al-Bukhari Rahimahullah (dalam "Kitab Tauhid"), Bab (32) dan disebutkan dari Jabir, dari Abdillah bin Unais, beliau berkata: Aku mendengar Rasulallah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:
    يحشرالله العباد فَيُنَادِيهم بِصَوْتٍ يَسْمَعُهُ مَنْ بَعُدَ كَمَا يَسْمَعُهُ مَنْ قَرُبَ أَنَا الْمَلِكُ أَنَا الدَّيَّانُ.....
    "Allah mengumpulkan hamba-hambaNya, lalu diserulah mereka dengan seruan yang dapat didengar oleh orang yang jauh sebagaimana seruan tersebut didengar oleh orang yang dekat: Aku Al-Malik, Aku Ad-Dayyaan…". Sanad hadith ini disambung oleh Al-Imam Ahmad dalam "Musnadnya" (3/495), dan hadith ini hasan, dan sungguh telah ditetapkan (dishahihkan) nama ini oleh Al-Imam Ibnu Qayyim dalam "An-Nuuniyyah" .
يعمل...
X